Tuesday, August 21, 2007

Jalan-jalan ke Canon Animal Farm Barnsley


Minggu lalu kami sekeluarga berkesempatan bersama-sama keluarga jalan-jalan membawa anak-anak ke Animal Farm di Barnsley, Sheffield. Kebetulan ada kawan dari Birmingham datang rumah, kami pun ajak sekali kesana. Eh, dapatlah tenangkan fikiran sikit tengok haiwan2 ladang, yang jinak-jinak belaka. Apa- pun dalam suasana sejuk pagi-pagi tu best jugak ke sana. sape-sape yang berminat nak tengok boleh gi je..kecil je tempatnya.

Monday, August 20, 2007

Happy birthday Angah (Hanis Naqeebah)


Minggu lepas, kami sekeluarga berkesempatan menyambut dan mengadakan majlis kesyukuran Hari Jadi anak kami ke-2 , Hanis Naqeebah. Semua rakan-rakan mengaji, ibu bapa datang meraikan majlis tersebut. Al-hamdulillah segala berjalan dengan baik. Mudah mudahan Allah memberkati anak kami dan menjadikan beliau anak yang soleh satu hari nanti.


Happy 3rd birthday Angah!!!!

Thursday, August 16, 2007

Renungan Bulan Syaaban

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

sumber : http://daawah.com/islam/hari/kelebihansyaaban.shtml

18 Ogos 2004 yang tidak dapat kulupakan


Menjadi seorang bapa bukanlah mudah sebenarnya. Komitmen, kesabaran dan ilmu perlu untuk memastikan kita tidak mudah kalah dengan cabaran rumahtangga. Apa-apa pun sudah tentu ramai daripada sahabat dan rakan diluar sana yang telah melaluinya cabaran ketika saat getir mahu menimang cahaya mata. Aku pun ada lah sedikit pengalaman yang tak akan dilupakan kerana anakanda kami yang kedua, di rumah digelar Angah atau nama dia Hanis naqeebah dilahirkan tidak sempat dibilik bersalin hospital putrajaya. Jam 3.25 pagi kalau tak silap aku ketika aku menekan minyak kereta hampir 120km/hr untuk membawa isteri kehospital ketika itu juga isteri tengah sakit kuat nak bersalin, kami nampak objek seperti 'anak kucing' dikaki isteri...tanpa suara tapi bergerak-gerak. Sebagai suami aku hanya mampu membaca selawat nabi dan membaca doa-doa yang teringat semasa dalam kereta mengharapkan agar isteri selamat melahirkan anak kami. Tahu sahajalah perasaan berbaur gementar takut dan macam-mcam lagi...tapi alhamdulillah sempat sampai ke hospital 5 minit selepas itu.
Tapi berkat doa keluarga alhamdulillah...anak kami yang sekarang ini dah pun berusia 3 tahun dengan muka comel dan perangai yang jugak pening saya dibuatnya, banyak celoteh, banyak soalan dan kadang-kadang mencabar ilmu dan kesabaran saya. Anak-anak sekarang semakin canggih. Hanis ni agak unik sikit, perangai sape aku tak pasti, kadang-kadang banyak persoalan yang bakal mengejutkan sesiapa yang mengenalinya. Tapi alhamdulillah kalau ditanya 'Angah dah besar nak jadi apa...dia pasti akan jawab, jadi doktor pakar'. Pakar apa tanyakan dia...pakar perut katanya...Amin. Mudah mudahan anak aku seorang ini bakal mewarnai dunia kedoktoran pada masa akan datang. Bolehlah tengokkan 'perut babah dia ni asyik sakit-sakit je....masa dah tua nanti....ehheee

Apa pun pengalaman melahirkan anak di dalam kereta memang kami tak lupakan . Apa pun tak pula dalam surat beranak tu tulis lahir dimana? patut tulislah...tapi hospital putrajaya juga dapat nama (gurau sahaja).


Moga Allah memanjang umur dan merahmati anak kami Hanis Naqeebah. Sayang daripada Babah dan ummi

Wednesday, August 15, 2007

'' Masa Sihat sebelum datang Masa Sakit'

Alhamdulillah bulan demi bulan telah meninggalkan kita semua. Dan sekarang kita dibulan ogos 2007 bersamaan bulan Syaaban 1428hijrah. Masa yang berlalu seumpama satu roda yang begitu laju dan pantas sehinggakan kita rasa macam sekelip mata. Umur pun dah makin meningkat, anak-anak pun dah semakin membesar. Cabaran pun semakin bertambah. Kadangkala bila dikenang kan tentang perkara ini, teringat hadith yang begitu popular : Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara, antara yang paling memberi kesan dalam hidup ini adalah masa sihat sebelum datang masa sakit.

Alhamdulillah , waktu aku bertugas di KBMC 2 tahun lalu , itulah antara bekalan yang menjadi kekuatan pada diri. Hari-hari melihat orang sakit dengan pelbagai jenis ujian Allah, namun bila lihat diri ini Allah masih berikan kesihatan. Syukur alhamdulillah. Tapi itu pun tak cukup kerana kesyukuran tidak hanya dapat dibuktikan hanya dengan kata-kata. Kadang-kadang syukur itu perlu dibuktikan dengan perbuatan. Jadi kita buatlah kerja-kerja yang dapat membantu orang lain agar mendekatkan diri dengan Allah.

Sekarang, bila sehari demi sehari badan semakin rasa sakit, letih, lemah, batuk-batuk, minda ini sentiasa terfikir apakah aku tidak mensyukuri nikmat sihat dulu. Atau inilah giliran aku pula untuk merasai ujian Allah setelah diberi kesihatan sebelum ini? Masya Allah memang benar kata pepatah bila sedang sihat kadang-kadang kita lupa akan tuhan. Beberapa hari lalu aku bersama isteri menuju ke hospital bila batuk-batuk yang agak berpanjangan. Sepanjang jalan minda ini memikirkan betapa sedih dan insaf , mungkin kerana aku tidak menjaga kesihatan, atau mungkinkah ini 'hadiah' daripada Allah pada aku...Tapi apa-apa pun segala nya dipersiap untuk menerima segala ketentuan Allah. Yang penting tugas sebagai Hamba Mu ya Allah akan diteruskan.

Tuesday, August 14, 2007

Hijrah Satu Pengorbanan

Inilah rumah baru kami . Setelah hampir 8 bulan menetap di Sheffield, maka diizinkan Allah mendapat rumah yang agak selesa dengan keperluan sekeluarga. Mudah mudahan Allah memberkati perancang kami sekeluarga.....tu kira muka ana kami..husna dan gambar anak sulung husna....