Tuesday, November 27, 2007

Sempat ke Malaysian High Commission London




Minggu lalu agak kepenatan sangat sebab kami sekeluarga ke London sebab ada urusan ke Malaysian High Commission. Memandu dari Sheffiled ke Uxbridge dan kami terus ke bandaraya london...




tapi jurney yang agak kelamkabut kerana kena balik juga petang itu, jadi tak berapa sempat nak jalan-jalan makan angin di sana. tambahan pula winter ni sejuk betul...sampai rumah kami semuanya keletihan termasuk diri saya yang semakin nak demam..almaklum kepenatan memandu balik ke sheffield....




anyway plan lepas cristmas nanti akan bercuti betul di london insya allah....

Ziarah Dr Rafaie di Oxford




Setelah 5 tahun berulang alik dari Malaysia ke UK, kini beliau akan memulakan hidup kembali bersama keluarga di Malaysia apabila isterinya tamat pengajian phd di Oxford universiti. Itulah dia Dr Rafae Thamby seorang pakar O&G dikampung baru medical centre. (KBMC)




Beliau adalah kenalan saya yang cukup rapat semasa saya masih bertugas di KBMC. Kami serign berbincang dan bertukar-tukar pandangan semasa di sana. Apabila beliau mengetahui yang saya dan keluarga akan berpindah ke UK, ucapan pertama yang disebut adalah ' jangan lupa datang rumah saya nanti'.




Tapi masa cukup pantas, setelah lebih setahun saya dan keluarga menetap di Uk, dan kebetulan kami ada urusan di London, teringatkan Dr Rafaie di Oxford. Saya terus menghubungi beliau dan mengetahui bahawa beliau dan keluarga akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.




Kami bersyukur, dapat juga berkunjung kerumah beliau di Oxford dan tertunai sudahlah hajat dan hasrat kami dan saya untuk berkunjung kerumah beliau walaupun buat kesekian kali.




Kami sekeluarga mendoakan kesejahteraan kepada dr rafaie dan keluarga dan selamat maju jaya.

Bersama Sheikh Afifi di Bicester , Oxford





Alhamdulillah pada hujung minggu lalu saya dan rakan-rakan misg abim uk berkesempatan bersama dengan salah seorang tokoh ulama muda yang cukup prolifik dalam membicarakan persoalan islam dan era modenisasi. Sheikh Afifi yang namanya agak baru bagi aku sedang menyiapkan tesis phd dalam bidang pemikiran sheikh al-ghazali, namun setelah bersama beliau hampir beberapa jam, mendengar pandangan dan melihat kecenderungan beliau saya agak kagum dan ingin mengenali beliau lebih mendalam. Alhamdulilah dikesempatan berada di rumah Sdr Hamidi Abd Rahman, Presiden Persatuan Melayu UK, kami dapat mendengar pandangan dan beberapa buah fikiran beliau yang saya rasa ingin dicungkil lagi.






Moga pengenalan ini akan dapat diteruskan dan kami daripada misg sedang merancang menjemput beliau pada program Perhimpunan Musim sejuk di Manchester pada Disember nanti...









Tuesday, November 20, 2007

Kelas Iqra' dan Al-Quran bermula kembali!!!


Hari ini kembali dunia sibuk aku, bila kelas mengaji iqra' dan al-quran bermula kembali setelah hampir lebih sebulan bercuti dek kerana ramadan dan hari raya. Dan kini anak-anak kembali datang meneruskan amalan harian mereka untuk berguru dan aku untuk membaca buku asas iqra dan bacaan alquran. Mudah mudahan dengan inisatif ini akan memberi manfaat kepada anak-anak melayu disheffield ini.


Al-Maklumlah anak-anak di dunia uk ni sibuk dengan sekolah pada waktu siang, manakala malam sahajalah yang dapat bersama mengulangkaji bacaan al-quran bersama-sama aku. Sudahlah letih dan penat bekerja disiang hari, malam juga diberi amanah untuk mengajar mengaji. Ramai juga...kalau ikut jumlah sebelum eidulfitri lalu lebih 15 orang.... ni masuk tahun baru...tak tahulah berapa lagi yang nak mengaji...moga allah beri kekuatan untuk aku membantu anak-anak generasi akan datang untuk memahami dan mempelajari al-quran...AMin

Sunday, November 18, 2007

Usrah diteratak kami : Cambah Minda


Alhamdulillah dalam kesibukan eidulfitri diperantauan sempat jugalah mengadakan usrah bersama rakan-rakan misg abim uk eire diteratak kami di sheffield. Syukur dengan kehadiran yang agak ramai disamping rakan-rakan daripada warga sheffield juga. Kami rasa amat bertuah kerana rakan kami dari jauh Glasgow juga turut hadir dan yang paling gembira Tok Guru kami Ust Dr Abd Halim e-muhammady sempat juga menjengah kerumah kami walaupun beliau sibuk menjalankan research beliau dilondon.


Usrah yang kami lakukan ini adalah sebahagian daripada aktiviti misg dan ahli2nya yang datang dari pelusuk Uk ini dikalangan pelajar dan masyarakat di UK yang menetap di sini.


Moga perbincangan dan pertemuan menambahkan lagi manis persahabatan dan meningkatkan lagi semangat untuk menggerakan aktiviti dakwah di uk ini. ALlahu AKbar!!!!!

Ziarah mendekatkan diri dengan ukhuwwah


Ziarah adalah amalan yang dituntut dalam Islam. Namun disebalik tuntutan baik ini kadangkala orang saling menyalahkan konsep berziarah sebagaimana yang ditetapkan. Budaya menziarahi tidak hanya bermusim. Ia harus dilakukan bila keperluan itu memerlukan. Sebab di dalam islam , kita dituntut untuk saling berkunjung kerumah rakan, sahabat, saudara demi merapatkan hubungan sesama islam.
Janganlah kita hanya menjadi budaya ziarah ini hanya bila adanya musim perayaan, adanya rumah terbuka dsb. walaupun ianya masih dilandasan budaya ziarah namun ia masih memerlukan penafsiran dan membetulkan persepsinya. Hakikat yang harus diberi perhatian, kenapa islam menggalakan kita berziarah. Sudah pastilah ianya bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesalam islam dan demi untuk mengelakan persepsi negatif dikalangan kita. Kadangkala ada sikap kita yang tidak disenangi oleh rakan dapat diubat melalui pertemuan secara jujur dan saling berbincang dan nasihat menasihati sesama kita. Dengan berziarah juga kita dapat merapatkan perhubungan sesama keluarga dan anak-anak.

Kembali berkarya


Nampaknya hampir beberapa bulan tidak tampil berkarya dan menulis serta berkongsi sesuatu bersama-sama. Disebabkan sibuk dengan karenah keluarga dan tugas di sini, lama tidak menceritakan sesuatu dan berkongsi dengan rakan bloggers sekelian. Bukan sudah mati hasrat tapi atas kehendak sendiri dan kekurangan diri yang diakui.


Moga semangat baru untuk berkarya kembali mampu untuk saya bersama-sama menyumbangan pandangan, hasrat, idea, cerita dan berbagai lagi untuk mengembangkan lagi minda dan ilmu bersama rakan maya sekelian.


Eidulfitri telah lama meninggalkan kita. Ramadan pun sudah lama melambaikan kita sebagai umatnya. Namun sesuatu yang harus diambil peduli adalah sejauh mana ramadan dahulu mampu memberi kesan langsung dalam diri kita semua.


Semoga azam baru ini akan kembali mewarnai diri dan alam penulisan maya ini kembali rancak dengan pelbagai isu dan idea untuk kebaikan bersama.