Sunday, July 22, 2007

Bersama keluarga dihujung minggu

Kami sempat bergambar di Manchester, dalam perjalanan pulang ke Sheffield. Sebelum itu kami menghadiri program usrah dan ziarah sahabat di Lancaster. Angin yang kuat cukup menarik sekali. Pemandangan dibelakang kami cukup mengagumkan. Besarnya kebesaran Ilahi.

Erti persahabatan


Alhamdulillah pada 21 Julai lalu kami sekeluarga sempat meraikan sahabat dirumah kami kerana beliau akan pulang ke Malaysia kerana menamatkan pengajian di uk ini. Seronok dan bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian di sini. Doa kami semoga kegembiraan ini akan kami rasainya satu hari nanti. AMIN

Usrah dan Ziarah sabahat di lancaster


Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Lancaster pada 21-22 julai lalu untuk bersama-sama ber'usrah dan ziarah rumah sahabat di Lancaster, UK. Perjalanan yang agak singkat memakan masa hampir 2jam ini cukup memenatkan dan agak happening. Mudah-mudahan perjalanan mendapat barakah daripada Allah

Kebesaran Ilahi







Thursday, July 19, 2007

Pahit manis hidup

Rahmat dan kasih sayang Allah SWT itu cukup luas dan amat besar sekali. Sekali direnung, terasa insaf diri ini. Di mana-mana kita disaksikan dengan pelbagai peristiwa pahit dan manis yang menunjukkan bagaimana hidup ini dijanjikan oleh Allah dengan pelbagai perkara . Untuk apa? Semuanya untuk menguji sejauh mana diri kita mengenali Allah dan berasa syukur dengan segala nikmatnya.

Baru beberapa hari , kita digemparkan dengan peristiwa Helikopter Nuri yang terhempas di Pahang dengan mengorbankan ramai insan-insan yang tidak disangka. Mereka yang dianggap wira negara dengan mudah dijanji dan dipanggil Allah dengan peristiwa yang mengerikan. Walapun jauh dimata, namun dapat rasa kan betapa pilu dan sedihna sanak saudara dengan pemergian insan tersayang menemui Allah. Apa maknanya itu semua? Adakah iktibar nya untuk si mati atau untuk si hidup? Fikirkanlah.

Baru hari ini , saya dimaklumkan seorang lagi sahabat berjaya dalam vivanya untuk Phd di Shffield University. Wah, syukur atas segala usaha, ikhtiar, doa dan tawakal, maka Allah telah menjanjikan kejayaan yang tidak disangka-sangkakan. Tidak dapat saya bayangkan betapa cerianya wajah insan yang berjaya itu setelah berdepan dengan pelbagai tekanan, tekanan emosi, sedih dan sebagainya. Namun Allah itu maha pengasih kepada hambanNya. Dengan sekelip mata dia ceriakan kita dengan kejayaan yang sememangnya kita nantikan . Cuma tidak tahu bila. Mungkin ini juga akan saya dan keluarga laluinya dengan seribu ranjau yang belum pasti bila noktahnya. Mudah-mudahan diberi segala kekuatan.

Banyak lagi sebenarnya peristiwa, pahit dan manis yang kalau dibentangkan cukup unik dan menarik untuk kita lihat. Namun inilah lumrah hidup. Kalau semuanya manis, takut-takut-takut kita lupakan Dia. Kalau semuanya pahit, pun macam tu juga. Apa-apa pun kembali kita telusuri harapn dan cita-cita kita dengan keinsafana dan keyakinan bahawa kalau kita yakin dengan Allah dan kasih kan Nya, kita tidak gusar dengan apa yang Allah berikan kepada kita samada pahit atau manis.

Semua ini adalah petanda siapa dikalangan mereka yang di kasihiNya.

Wednesday, July 18, 2007

Menyemarak Usaha Dakwah Fardiyyah

Dakwah Fardiyyah atau dalam bahasa Melayu bermaksud dakwah secara individu adalah satu usaha yang sangat besar dalam pembangunan masyarakat dalam sesebuah komuniti dan negara. Walaupun ianya dilihat sebagai satu perkara yang kecil tetapi sumbangannya dalam kejayaan sebuah dakwah secara jamaah tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, kita lihat sejarah awal Islam bagaimana baginda SAW melakukan dakwah secara senyap (sirr) kepada kelompok manusia yang dekat dengan beliau seperti isteri, rakan, saudara dan sebagainya adalah antara contoh metodologi yang boleh kita lakukan dalam masa ini.Disamping itu kita perhatikan bagaimana dakwah secara fardiyyah ini memberi sumbangan yang besar kepada kebangunan umat. Contoh yang dilakukan oleh baginda SAW dan para sahabat apabila terpegun dengan ketokohan dan kewibawaan individu yang berada bersama-sama baginda di awal Islam. Kita lihat bagaimana berhemahnya Saidina Abu Bakar As Siddiq, ketokohan beberapa sahabat lain yang begitu dikagumi oleh lawan dan kawan memberi sumbangan kepada pertambahan orang-orang Islam pada waktu itu. Apakah kita tidak sedar bahawa besar sekali sumbangan dakwah secara fardiyah dalam usaha kita menyebarluaskan lagi islam kepada seluruh umat tidak kira islam atau tidak.Bentuk dakwah fardiyahDr. Fathi Yakan membahagikan dakwah fardiyyah kepada dua bahagian, pertama adalah dakwah fardiyyah yang berlaku atau muncul dikalangan individu yang telah berada dalam sesebuah jamaah (berintima’ dengan harakatul Islam). Usaha ini dilakukan oleh individu yang melakukan dakwah hasil daripada idea dan pendekatan secara lebih intensif dan teratur melalui perancangan sesebuah jamaah. Hasil ini akan membawa kepada jemputan semua golongan kepada jamaah yang dianggotainya atau sekurang-kurangnya memperbaiki diri ke arah kebaikan. (faaslihu) Kedua, dakwah fardiyyah dikalangan individu yang belum berintima’dengan jamaah. Usaha ini banyak dilakukan individu yang mana biasanya menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah bebas. Sejauhmana bebasnya mereka ini pun masih berada dalam tandatanya.Dalil-dalil dakwah FardiyyahKita dapat perhatikan, bahawa ada dua dalil yang boleh menjadi sumber rujukan kita tentang mengapa dakwah fardiyyah ini penting, Pertama adalah dalil daripada al-Quran, dalam surah al-fussilat ayat 33 berbunyi “ Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada jalan Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata” Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” Begitu juga dalam hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Al-Sahih menyebutkan “ Barangsiapa menunjukkan orang kepada kebaikan ia mendapatkan pahala sebagaimana orang yang mengerjakannya.Akhlak Dakwah FardiyyahSelaras dengan kepentingan dakwah fardiyyah yang juga menyumbang kepada kejayaan dakwah islam, maka kita harus juga melihat kepada ciri-ciri yang boleh membawa kepada kejayaan usha dakwah fardiyah ini. Disini digariskan cirri-ciri yang boleh dijadikan panduan yang sepatutnya ada pada individu-individu yang mahu menjalankan dakwah secara fardiyyah. Antaranya:Pertama, Uswah dan Qudwah, maknanya menjadi teladan kepada orang lain. Ciri uswah dan qudwah ini sangat penting kerana ianya menjadi contoh yang utama dalam memastikan misi dan visi dakwah berjaya menarik orang kepada usaha tersebut. Kita lihat bagaimana para sahabat yang menjadi contoh dan uswah,turut menjadi tarikan kepada orang lain untuk memasuki Islam. Begitu juga kita sebagai individu muslim, contoh ini bermakna ianya harus tergambar sebagaimana kata-kata dan perbuatan, gandingan antara uswah dan qudwah,Kedua, Ikhlas seluruh tujuan dan gerak kerja dakwah samada fardiyyah mahupun jamaah haruslah digariskan secara besar dengan misi ikhlas kerana Allah Taala. Misi ikhlas ini tidak boleh dipinggirkan daripada sanubari para pendakwah kerana dengan keikhlasan ini akan membawa kepada kekuatan dan kebenaran dakwah. Tanpa ikhlas akan membawa kepada ketidakjujuran dalam berdakwah. Akan timbul perasaan cepat putus asa dan tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. Firman Allah dalam surah al-An’am “Sesungguhnya solat ku, ibadatku hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah , tuhan semesta alam” Ketiga, sabar dan ihtisab, maknanya dalam dakwah individu pastinya akan menghadapi pelbagai dugaan samada kecil atau besar, justeru para pendakwah harus menyediakan diri dengan kesabaran yang tinggi. Ihtisab, maknanya mengharapkan pertolongan Allah, Ini kerana kadangkala usaha dan ikhtiar kita yang dirancang kadangkala tidak mampu kita lakukan dek kerana hubungan dengan allah yang masih cetek. Firman Allah dalam surah al-Ahqaf ayat 35 “Bersabarlah sebagaimana kesabaran para ulul azmi daripada para rasul”Keempat, pengorbanan, jiwa berkorban harus dibentuk agar usaha dakwah akan dapat disuburkan dalam jiwa para dai. Kekuatan yang ada dalam jiwa para sahabat nabi semasa melakukan dakwah antara lain adalah kekuatan jiwa berkorban semata-mata kerana Allah samada berkorban, harta, jiwa, wang ringgit dan sebagainya. Untuk kita sebagai pendakwah muda, usaha ini tidak akan berjaya kalau kita hanya mementingkan diri sahaja. Percayalah bahawa berkorban ini seumpama menyemai benih yang mana hasilnya akan kita tuai dihadapan Allah Taala kelak.Kelima, berinteraksi dengan pelbagai orang, janganlah sampai seorang daie yang baik itu menghabiskan masa menumpu kepada sesetengah pihak sahaja. Membuka ruang dakwah kepada pihak-pihak yang lain juga perlu bagi memastikan masa tidak dihabiskan disitu sahaja. Pengharapan yang tinggi juga tidak wajar dibuat kerana peranan kita sebagai dai adalah sebagai penyeru bukan penentu kepada kejayaan hasil daripada usaha kita selama ini.Keenam, Antisipasif dengan kegagalan dakwah, sebagai daie yang berjiwa besar dia tidak harus berasa kecewa apabila dakwah yang dilakukan tidak mendapat respon yang positif daripada para madu nya. Dalam jiwa dai itu harus ada perasaan bahawa hidayah itu datang daripada Allah Taala bukan daripada tangan-tangan kita.Ketujuh, menjaga hak-hak ukhuwwah Islamiah sesama madu’ yang kita dihadapi. Sebagai dai mereka haruslah menjaga hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja agar kredebiliti yang ada tidak akan terjejas akibat daripada kesilapan yang dilakukan. Sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara itu perlu agar tindakan tidak akan sia-sia. Yang penting para dai harus peka kepada perubahan agar mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara yang menjejaskan usaha dakwah.

Rujukan : http://www.abim.org.my/minda_madani/modules/news/article.php?storyid=123

Renungan Rejab : Mendekati Allah

Definisi Rejab:

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting dalam Bualn Rejab :


Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/rejab/index.htm

Tuesday, July 17, 2007

Bangun pertahankan Islam


Semua orang boleh berkata aku boleh berjuang untuk Islam. Walau di mana aku berada tidak kira dalam jamaah mahu pun bersendirian. Memang ini adalah kenyataan yang biasa digunakan oleh sesiapa pun dalam mencari jalan untuk mengelakkan diri untuk bersama dalam harakah dan jamaah. Dalam situasi begini kita sering lihat ramai para pejuang islam yang hanya meletakkan diri dalam barisan sebagi satu paltform untuk mengangkat diri bukan untuk mengangkat martabat islam yang sebenar. Berapa ramai yang dahulu berjuang untuk perjuangan islam, akhirnya bila berada dalam pejuangan sebenar mereka akhir berundur dik kerana faktor dalaman yang masih belum selesai


Kalau dilihat dalam sejarah perjuangan nabi muhammad saw, kita banyak digambarkan bagaimana nabi mendidik para sahabat agar sentiasa memperteguhkan semangat perjuangan islam dengan memantapkan ruh iman dan amal islam secara menyelurh. Antara intipati perjuangan islam itu bagaimana umatnya mampu berada dalam saf perjuangan yang telah ditetapkan tanpa menafikan kemampuan golongan lain dalam memperjuangkan islam. Kita akui bahawa kita tidak mampu untuk berjuang mempertahankan islam secara individu. Tambahan dalam zaman penuh mencabar ini, jalan yang kita pilih adalah jalan yang cukup mencabar, kadangkala menuntut kita untuk lebih mengenepikan kepentingan diri daripada kepentingan umat. Berapa ramai yang futur dalam perjuangan bila mana telah berada dalam garisan kemewahan tatkala menafikan keterlibatan dalam jamaah dan harakah islam. Semasa tiada nama dan pangkat, semasa tiada kekuatan semuanya boleh diperjuangkan. Tetapi bila kesenangan telah diberi, bila perjuangan menuntut untuk kita menggerakkan diri supaya lebih berkorban untuk islam, maka di situ dilihat sejauh mana kekuatan yang ada pada kita.


Perjuangan islam, memerlukan pengorbanan. Jangan kita anggap dalam menggerakan usaha dakwah islam ini kita hanya dihamparkan dengan karpet merah semata2. Kebanyakan perjuangan islam menuntut pengorbanan walaupun sedikit. Sebab bila mana kita diajak bersama dalam perjuangan , kita harus bersedia, bukan sahaja dari segi mental, malah dari segi spiritual, yang kadangkala seringkali gagal meggerakan diri untuk menerima amanah perjuangan ini. Namun percayalah bahawa jika kita mendidik jiwa dengan semangat dan ruh perjuangan, mengenang akan perjuangan nabi saw, dengan cahaya hati, kita akan dapat merasakan betapa kerdil nya diri kita berbanding pejuangan nabi saw dahulu.


Oleh sebab itu marilah sama-sama kita merenung kembali diri , bukan sahaja melihat realiti semasa tetapi menggabungkan diri kita dalam perjuangan islam. Hari ini ramai dikalangan orang islam mahu pun bukan islam mengambil kesempatan untuk menghancurkan islam. Pelbagai tohmahan dan ejekan dilemparkan kepada umatnya agar imej kita dicalar dan dirosakkan. Inilah peranan kita, jangan mudah lupa, bangun dan bangkit untuk mempertahakan islam walau dengan apa cara mengikut lunas islam.

Friday, July 13, 2007

Renungan :Mendidik anak Zaman Dulu & Sekarang


Membesarkan anak-anak adalah satu cabaran yang tiada tolok bandingnya. Anak-anak zaman sekarang ni bukan main lagaknya berbanding anak-anak zaman saya membesar dulu. Masih ingat lagi sewaktu kecil kalau dilihat pembesaran anak-anak berbanding dengan anak zaman ini jauh sekali bezanya. Mungkin kerana faktor suasana, zuriat, keadaan ekonomi dan sebagainya menyebabkan ia jadi cukup berlainan. Contohnya kalau dahulu ibu bapa berlatarbelakangkan ekonomi pertanian, pendapatan pun tak seberapa, jadi perbelanjaan dirumah pun tak lah besar sangat, jadi anak-anak tidaklah dibesarkan dengan membeli barang2 dengan jumlah yang besar. Anak-anak zaman sekarang, dek kerana ekonomi keluarga agak baik, berpendapatan yang cukup dan agak baik, jadi berbelanja pun agak baik jugalah. Apa sahaja yang tiada pasti akan dapat diperolehi. Kadang-kadang bukan kerana mewah tetapi kerana keperluan. Proses memenuhi apa sahaja yang diperlukan ini memang mempengaruhi pembesaran anak-anak. Mereka sudah pasti akan merasakan mendapat apa yang dikehendaki. Ini bukan sahaja pada anak-anak , malah dalam diri ibu bapa sendiri.


Kalau dahulu , kerana ekonomi yang sederhana, kadang-kadang nak bermewah pun tidaklah besar. Saya masih ingat sewaktu kecil nak makan ayam, daging, satay dan sebagainya yang sekarang ini bukanlah mewah..hanya akan dapat jika adanya musim perayaan, kenduri kendara, dapat daripada sedekah dan sumbangan jiran tetangga. Itu adalah keseronokkan yang begitu tidak dapat dilupakan. Hendak menonton televisyen pun menumpang dirumah orang lain, kerana ayah tidak mampu pada ketika itu untuk membelinya. Kalau beli pun yang second hand..pakai dua bulan dah jadi 'tukun'. Saya masih ingat balik dari sekolah , sewaktu berusia 8 tahun, pergilah ke rumah jiran menontoh tv. Bila bergaduh dengan anak jiran maka selama itulah tak kan dapat menonton tv. Masih ingat jatuh tangga ditolak anak jiran kerana tak bagi saya masuk rumah tengok tv. Kadang-kadang tersenyum sendiri.


Anak-anak sekarang, cukup besar nikmatnya. Sebab itulah karenah mereka pun semakin mencabar. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka hidup dikala suasana kita sebagai ibu bapa zaman moden ini jauh daripada taraf kemiskinan. kalau nak kata miskin tu jauh sekali lah, cuma tak cukup sini , dan situ biasalah. Bergaji bulan. dsb. Kalau nak beli sesuatu tu kadang-kadang tidak berkira. Anak-anak pun sering meminta apa yang dikendakinya. kadang-kadang ada orang berkata, jangan diikutkan sangat karenah anak-anak ni nanti memakan diri. Kita kena 'firm'. Jangan di ajar setiap sesuatu pasti dapat. Tidak semua yang dikehendakinya dapat dipenuhi. Memang betul. Itu pun yang diajar oleh ibu bapa kita dahulu. Bahkan kalau meminta sesuatu yang ibu bapa tak dapat penuhi, akan kena lah rotan, pukul...rasakan....Namun latar belakang kita sebagai anak pada satu masa dahulu yang dididik dengan tarbiyyah begitu kadang-kadang tidak sesampai hati . Bila anak menangis pastinya ibu bapa'cair' untuk memenuhi kehendak anak2, semata-mata memenuhi apa yang diperlukan atas rasa kasih sayang. entahlah mungkin konsep ini salah. Tapi tak semua orang sanggup melaksanakannya. Kata nak firm, tak nak ajar anak2 mewah, tapi kadang-kadang kerana kita berkemampuan, jalan2 je..nak belikan sesuatu untuk anak-anak...Nak buat macam mana....fikirkan jelah


Satu contoh lagi, kalau dahulu, zaman saya kecil2, kita tiada permainan yagn canggih2, nak main game..jauh sekali...hanya bermain parit, mandi sungai, jengkel2 , galah panjang....semuanya permainan yang pastinya mengotorkan. Main baling-baling tin. Balik rumah kena marah sebab badan kotor. Ibu bapa sekarang, anak main kat luar pun dilarang. Main kotor pun dilarang, nanti kuman, kotor, sakit..kan begitu...itu sebabnya anak-anak sekarang kalau dilihat, tidak mencabar.....berbagai kekangan berbanding zaman-zaman saya masa kecil2 dulu....

Sekadar renungan , nak jadi ibu bapa yang terbaik, bukan sahaja sayang anak, didik anak, tapi nak melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan anak-anak itu jadi manusia bukan jadi orang sahaja, seperti patung, tiada wajah yang sebenar...hebat, tapi tak pandai, berjaya tapi tak berprinsip, berani tapi takut melakukan sesuatu yang benar..entahlah renung-renunglah, fikirkanlah

Thursday, July 12, 2007

Selamat Datang Bulan Rejab 1428H

Sabda Rasulullah saw lagi :'Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as 'Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?' Maka berkata Jibrilb as 'Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.'
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :'Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau 'Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?' Lalu beliau bersabda 'Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.'
Sabda beliau lagi 'Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.' Tsauban bertanya 'Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?'
Sabda beliau 'Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.'

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, 'Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:'
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.'
Sabda Rasulullah saw lagi :'Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as 'Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?' Maka berkata Jibrilb as 'Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.'

Wednesday, July 11, 2007

Erti Merdeka Membina Bangsa : Bhg 2: Pandangan Ilmuwan


Saya begitu terkesan dan cukup terpegun dengan pandangan Dr Siddiq Fadhil tentang bagaimana peranan generasi muda dalam memimpin bangsa. Dalam suasana zaman yang mencabar ini pemikiran dan budaya bangsa harus semakin diperkukuh untuk mendepani cabaran sezaman.


Saya ingin berkongsi dengan para pembaca dengan tulisan beliau ini. Saya paparkan juga agar ianya menyegarkan lagi pemikiran kita dan berfikir demi melahirkan generasi berjiwa merdeka :


Tulisan Dato' Dr Siddiq Fadhil- Mantan Presiden ABIM


''Survival sesuatu gerakan bergantung kepada penyesuaian diri dengan perubahan. Kegagalan untuk menyesuaikan diri bermakna menempah maut. Memang kita harus berubah tetapi bukan dalam semua hal. Dalam hal yang tertentu kita perlu beristiqamah. Kita adalah umat yang mempunyal misi. Kita mempunyai tanggungjawab menyebarkan risalah. Risalah kita adalah risalah global kerana risalah Muhammad kepada manusia seluruhnya, kepada yang hitam dan yang putih, yang menghuni puncak gunung dan mendiami dasar laut. Mana ada ideologi atau kefahaman di dunia ini yang sudah mempunyai global sekuat itu. Beroperasi di mana-mana sahaja, ke Bosnia, Uzbezkistan dan lain-lain. Negara Islam tidak ada pemisahan sempadan. Negara Islam itu ialah setiap inci bumi yang disebut kalimat Allah. Itulah yang dinamakan watan Islami. Al-Quran juga menjelaskan bahawa manusia itu bersuku-suku dan berbangsa bangsa. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dan seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali" (al-Hujurat 13). Ini merupakan sunnatullah, yang tidak akan berubah pola ciptaan Tuhan yang telah menjadikan lelaki dan perempuan, bersuku-suku dan berbangsa-bangsa. Sebagaimana manusia itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, selagi itulah manusia berbangsa-bangsa dan bersukus-uku. Oleh itu, kita tidak berasa berdosa dan bersalah apabila kita berbicara tentang bangsa Melayu kerana bangsa Melayu juga ciptaan Tuhan. Kita tidak berasa bersalah apabila memperkatakan pendaulatan bahasa Melayu. Tuhan juga menciptakan bangsa dan bahasa itu sebagai tanda kekuasaannya.KETAHANAN BANGSA Kita berdiri dalam sejarah perkembangan pemikiran gerakan ini. Kita telah ada sejak seawal-awalnya. Cuma istilah mungkin berbeza. Kita menggunakan istilah umat dan bangsa , istilah khayra ummah dan bangsa cemerlang. Sekiranya yang dimaksudkan itu ialah dasar-dasar al-Quran dengan menjadikan nilai-nilai Islam sebagai wahana utama kebangkitan maka tidak ada perbezaan dan perselisihan antara kita. Kelahiran ABIM dilatari oleh sejarah penerusan penuangan bagi membina khayra ummah. Tema kebangkitan umat ini, memperbaiki nasib bangsa sudah diperkatakan pada awal abad 20 sejak zaman kemunculan majalah al-Manar yang dipelopori oleh Rashid Rida. Ketika itu, mereka sudah membicarakan sebab-sebab kemunduran umat. Terdapat sebuah buku yang berjudul Limadha Taakhara 'L -Muslimun wa limadha taqaddama Ghayruhum? (Kenapa Kaum Muslimin Mundur dan Kenapa Orang lain Maju ?). Persoalan buku ini dapat bertahan begitu lama. Jarang-jarang sekali buku-buku sebegini yang boleh bertahan lama. Buku ini ditulis oleh Amir Shakib Arsalan bertolak dan satu pertanyaan yang dikemukakan oleh orang Melayu tentang kemunduran umat Islam iaitu surat yang ditulis oleh Basyuni' 'Imran dan Sambas, Borneo Bara. Sejak awal abad ini kita telah menyaksikan para pemikir Islam membincangkan isu ini dan bagaimana untuk kita bangkit dan kemunduran. Oleh itu, di manakah erti ayat "Dan kemuliaan itu adalah bagi Allah, rasul-Nya dan bagi sekelian orang yang beriman". (al-munafiqun 8) Erti ayat ini bahawa kemuliaan adalah untuk Allah, Rasul dan orang mukmin. Al-Quran menyebutkan "izzah" yang boleh ditakrifkan sebagai kecemerlangan bangsa. Kita isikan konsep kecemerlangan bangsa dengan konsep "izzah" sesuai dengan ayat ini. Pejuang-pejuang Islam dahulu juga menggunakan istilah ini termasuk Hassan al-Banna yang mengungkapkan konsep "wataniyyah izzah" iaitu memperjuangan sejenis patriotisme untuk mencapai semula kemuliaan yang telah hilang itu. Gerakan kita bangkit di tengah kesinambungan ini. Kita harus mengetahui bahawa gerakan kita berada di bawah rangkaian gerakan umat di antara sekian banyak gerakan-gerakan di sepanjang sejarah. Di awal abad 20 ini, tidak banyak perubahan yang telah dilakukan. Perubahan yang paling besar dalam abad ini ialah dunia Islam mencapai kemerdekaan. Itulah pencapaian yang paling besar pada tahun 40-an dan 60-an dalam abad ini. Rupa-rupanya tidak mudah. Walaupun hampir seratus tahun tetapi umat Islam belum mencapai kejayaan. Di manakah 'izzah umat Islam sekarang? Umat Islam dipermainkan dan dipersendakan. Seratus tahun punya perjuangan belum lagi selesai.RAMUAN UNTUK UMAT Untuk itu, apakah ramuan yang mujarab untuk umat yang unggul. Rasanya tidak ada jalan yang lain kecuali kembali melihat al-Quran, melihat tentang sejarah jatuh bangun umat. Jika Allah menginginkan umat itu bangkit, Allah mengutuskan Rasul dan menurunkan kitab hidayah. Diutuskan pemimpin di kalangan rasul. Apabila wafat Nabi s.a.w tidak ada rasul yang dibangkitkan. Tetapi yang dibangkitkan hanyalah pemimpin yang menghayati hidayah dan memperjuangkan kitab hidayah itu. Selagi ini tidak berlallu, selagi itulah tidak ada kebangkitan: kebangkitan yang bernama 'izzah. Maju dan kaya dalam erti sekular materialistik memang ada, tetapi syarat 'izzah seperti yang digambarkan oleh al-Quran ialah pemimpin yang komited kepada hidayah, bukan pemimpin yang meminta upahan. Firman Allah yang bermaksud : "Ikutilah orang tiada meminta balasan kepadamu dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk". (Yaasin 21) Kepimpinan yang tidak meminta upah, yang tidak ada kepentingan diri sama ada kepentingan ekonomi atau kepentingan glamour peribadi terjun ke gelanggang menawarkan diri kerana merasakan bertanggungjawab dalam memikul amanat dakwah. Adakah kita umat Islam mempunyai pemimpin seperti itu. Kalau tidak , kita tidak dapat untuk bangun mencapai 'izzah tersebut. Gerakan ABIM lahir dengan idealisme itu: idealisme membina generasi pemimpin yang komited kepada perjuangan, yang tidak meminta upah, yang tidak ada kepentingan peribadi, bukan berebut kuasa dan tampak pemerintahan dengan niat bisnes. Kita tidak percaya pemimpin sebegitu dapat membawa kepada 'izzah. Kita melatih kepimpinan yang terjun untuk berkorban, bukan mengorban. Kita tampil dengan misi tersebut. Seperkara yang membimbingkan kita ialah neofeudalisme iaitu kepimpinan yang hampir mutlak: kebergantungan yang berlebihan kepada pemimpin sampai tidak berani membuat apaapa sebelum mendapat perkenan dan atasan, terlalu takut kepada atasan, terlalu memfokus kepada pemimpin atasan dan membudayakan upacara menyambut pemimpin dengan majlis warna-warni. Wujud suasana kebergantungan kepada pemimpin sehingga tidak ada yang berani berkata: "Tidak!" , inilah neofeudalisme yang menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada din sendiri yang akan mengakibatkan tumbuhnya jiwa hamba. Sikap kebergantungan yang berlebihan kepada pihak atasan itu akan menyuburkan semula jiwa hamba yang diperangi selama ini oleh Dr. Burhanudin al-Helmi dengan katanya: " Di atas Robohan Kota Melaka Kita Dirikan Jiwa Merdeka". jiwa merdeka itu yang menjadikan kita umat yang percaya diri. Dalam gerakan ABIM tidak ada gerakan orientasi jiwa hamba. Gerakan kita mengamalkan semangat syura. Yang dinamakan syura itu ruang untuk berbeda pendapat tanpa risiko.HIDAYAH Kebangkitan silam bertolak dan sini, jiwa merdeka. Jiwa merdeka lahir daripada tawhid dan iman yang memberi keyakinan kepada seseorang tentang harga diri, maruah dan percaya diri. Oleh itu, umat Islam walaupun belum sempat mencapai kegemilangan material yang tinggi tetapi dapat menakluk dunia, menakluki Rom dan Parsi. Kita mempunyai iman, hidayah dan mempunyai sesuatu yang orang lain tidak ada. Parsi dan Rom mempunyai bermacam-macam tetapi mereka tidak mempunyai satu yang sangat penting iaitu hidayah. Itulah yang disebut oleh Malik bin Nabi bahawa umat Islam perlu mempunyai sikap Al-Iqna' dan Al-Iqtina'. AI-Iqtina' Islam, Imam, al-Quran dan al-Sunnah. Ia merasa kaya kerana mempunyai perkara ini. Entahlah kalau ada orang yang tidak merasa apa-apa walaupun sudah Islam, tidak merasa kaya walaupun mempunyai al-Quran. Saya yang sudah lebih 20 tahun dalam ABIM merasa kaya, merasa kaya sungguh. Apabila pulang dan usrah berasa kaya dengan ilmu dan hidayah yang diperolehi. Kita merasa puas, merasa bangga dan merasa kaya dengan memiliki petunjuk al-Quran dan al-sunnah. Dengan memiliki itu, kita tidak merasa rendah diri untuk berdepan dengan sesiapa pun. Berdepan dengan orang yang paling kaya di dunia pun, kita tidak merasa berkurangan apa-apa sebab mereka tidak dapat membeli dan menukar Islam, Iman dan Hidayah dan kita. Sebab itulah; generasi pertama Islam memasuki Rom dan Parsi tanpa berasa rendah diri malahan mereka berkata: " kami datang untuk menyelamatkan kamu". Rabiy bin Amir apabila bertemu dengan Rustam ketua panglima Parsi, beliau berkata: "Kami datang kerana Allah memerintahkan kami untuk membebaskan manusia daripada mengabdikan din selain kepada Allah, dan kezaliman agama kamu kepada keadilan Islam". Itulah umat yang mempunyal misi dan mempunyai al-Iqtina'. Al-Iqna' bermakna mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menyakinkan orang tentang kebaikan apa yang kita lakukan. jika ini ada pada seorang Muslim ia sanggup melakukan apa saja tanpa memikir untung rugi duniawi, malahan mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi. Idealisme perjuangan ini yang kita inginkan, yang kita bina dalam sejarah perkembangan kita dan dekad ke dekad. Bukan setiap han mengira keuntungan duniawi. Inilah yang membimbangkan generasi awal ABIM sekarang ini. Anda dilahirkan dalam kedaan zaman ekonomi yang semakin rancak. Dikhuatirkan kita tidak dapat mengimbangi antara amanah sejarah kita untuk membela golongan yang lemah. Sesungguhnya nama-nama yang abadi dalam sejarah ialah orang-orang yang berkorban untuk memperjuangkan idealisme perjuangan seperti Imam Syafie, Imam Ahmad Imam Abu Hanifah dan ibnu Taimiyyah yang diseksa dan dipenjara. Orang-orang seperti ini namanya kekal dalam sejarah sementara orang yang menyeksa dan memenjara mereka habis begitu sahaja. Akhirnya orang yang setia kepada idealisme yang betul-betul manusia. Kehadirannya ke dunia ini mempunyai erti dan makna. Kalau sekiranya setiap hal kita mengira untung rugi duitnya, maka tidak jadi perjuangan seperti itu. Kita harus percaya keberkatan daripada amal-amal yang tulus ikhlas kepada Allah, yang hanya Tuhan sahaja yang tahu. Budaya ini harus disuburkan dalam ABIM. Saya percaya antara rahsia kejayaan ABIM dalam mengharungi pelbagai cabaran sehingga saat ini ialah adanya keberkatan daripada illahi. Adanya amal-amal yang diikhlaskan kepada Allah, tanpa meminta upah, tanpa meminta dihargai, tanpa minta dicatat dan tanpa minta diberi sijil. Amal-amal yang diniatkan tulus hanya untuk Allah.''

Erti Merdeka: Bhg 1


Banyak orang menterjemahkan istilah Merdeka sebagai bebas. Bebas daripada kongkongan, bebas daripada melakukan apa sahaja, bebas daripada penjajahan dan berbagai-bagai lagi. Namun jika kita tanya generasi lama tentang makna kemerdekaan, seawal tahun 50an pastinya jawapan dalam makna kemerdekaan berbeza dengan makna yang diberikan oleh generasi 90 an. Kenapa? Ini kerana suasana dan bi'ah yang dirasai itu pastinya tidak sama. Atau definisi kemerdekaan itu tidak dikupas dengan begitu luas yang mana ianya harus diterjemah dalam konteks syumul termasuk dari segi material, spritual dan mental. Kemerdekaan yang dikecapi daripada dasar penjajahan semata-mata bukan kemerdekaan yang mutlak. Kemerdekaan daripada kongkongan penjajahan barat bukanlah satu-satu nilai yang harus diangkat dan dinobatkan bahawa kita telah benar-benar bebas untuk melakukan sesuatu. Adakah kebebasan yang mutlak yang kita inginkan? Bebas untuk melakukan sesuatu hingga diri kita tergadai? Bebas untuk membuat sesuatu perkara tanpa batasan nilai dan melakukannay mengikut hawa nafsu. Apakah itu dinamakan kemerdekaan?


Fikirkan dan berikan jawapan anda?


Pada pandangan saya, memang dari segi istilah merdeka itu adalah kebebasan tetapi ianya berprinsip dan bermoral dan bermaruah. Sebagai manusia Allah memberikan kita akal fikiran untuk melaksanakan sesuatu dengan baik serta melaksanakannya dengan satu matlamat menjaga hubungan dengan manusia (hablum mina Nas) dan hubungan dengan Allah (hablum mina Allah)..Jika kita merasa diri kita merdeka setiap tindakan harus ada matlamat disamping memartabatkan minda dan ilmu kita. Apalah ertinya merdeka jika yagn bebas hanyalah kebendaan. Apalah maknanya merdeka jika akal dan ilmu dibataskan. Pemikiran dikongkong, idea dan kritikan disekat. Mana ada manusia yang tidak berperasaan untuk menyatakan pandangan jika ianya memang tidak benar. Merdeka yang ada pada zaman ini harus lebih telus. Merdeka daripada penjajahan minda. Akal generasi muda tidak disekat untuk menyatakan pandangan. Jika kita ingin melihat perubahan masa akan datang, maka pandangan kritikan harus dibuka bukan semata2 mendorong keburukan tetapi membina cambahan minda. Berapa ramai orang tidak berani menyatakan kebenaran dek kerana halangan dan sekatan. Inikah namanya merdeka. Berapa ramai orang yang berani menyatakan pandangan , komen dan kritikan demi kebaikan , namun disebabkan adanya ketidaktelusan maka, kebenaran jadi tergantung.


Semua orang ingin melihat generasi akan datang berwawasan, cekal, bijak dan berhikmah. Namun jika minda generasi tidak dimerdekakan maka, dimana nak melahirkan golongan yang hebat. Pemikiran yang matang tidak lahir atas kongkongan. Oleh sebab itu, merdekan minda anda daripada belenggu. Jika anda masih terkongkong, tanya pada diri ADAKAH AKU INI SUDAH MERDEKA......


Fikirkan , carilah kebenaran

Tuesday, July 10, 2007

Jadilah penyambung risalah nubuwwah


Selalu orang merasa cukup berat untuk menyumbang kepada Islam atas sebab-sebab peribadi. Ada juga yang kadang-kadang mencari alasan untuk tidak menyumbang dengan pelbagai alasan yang kalau diteliti mempunyai hujah yang cukup dangkal. Tapi bagi kita yang memahami akan keperluan dalam berdakwah ini, tidak kira dimana kita berada, kita tetap akan menyumbang walaupun sedikit. Ilmu yang kita perolehi selama ini sememangnya tidak cukup dan sentiasa memerlukan peningkatan, namun ianya tidak akan terlaksana jika kita menanti ilmu di dada telah penuh barulah usaha dakwah itu dilaksanakan. Memang tidak dinafikan ilmu penting dalam berdakwah tetapi metod ilmu itu pelbagai. Ada ilmu formal yang diperolehi secara rasmi melalui pendidikan formal disekolah, IPT, Universiti dan sebagainya. Namun tidak juga dinafikan bahawa ilmu yang diluar daripada lingkungan ini juga cukup luas untuk membina jiwa daie untuk mendepani umat. Imam Hassan Al-banna selalu menyatakan dalam tulisannya bahawa jika kita hendak berdakwah , kita harus mendidik jiwa untuk sentiasa mengingati akan tanggungjawab ini adalah tuntutan daripada risalah rasul. Kita tidak dapat berjumpa rasul namun kita dapat melaksanakan tugas dan meneruskan amanah rasul walaupun baginda telah meninggalkan kita ribuan tahun lalu.


Inilah definisi dan semangat yang sering menjadi motivasi dalam diri, tidak kira dimana saya berada. Dalam keterlibatan dalam aktiviti dakwah kita dilatih untuk sentiasa menyumbang walaupun hanya dengan menyediakan tenaga, wang ringgit, buah fikiran yang pastinya tidak akan mampu dilakukan sepenuhnya. Yang penting kita harus berperanan. Jangan asyik berdalik dalam berdakwah. Jangan asyik beralasan untuk tidak berada dalam kerangka dakwah. Umur kita tidak pasti sampai bila, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi penyambung risalah nubuwwwah untuk masa akan datang.

Semoga diberi kekuatan meneruskan hidup


Kadang-kadang terfikir dibenak minda, macam manalah saya boleh berada di bumi UK ni. Pejam celik-pejam celik dah hampir 7 bulan meninggalkan tanahairku Malaysia. Kadang-kadang tu rindu juga dengan roti canai, teh tarik, nasi goreng mamak, dan macam-macam lagilah...malaslah nak senarai lagi..buat saya terliur je.. Namun saya bersyukur kerana Allah memberikan saya keluarga yang bahagia dan cukup memahami segala keadaan. Sebelum sampai sini saya terpaksa meletak jawatan semata-mata untuk bersama-sama isteri tercinta menyambung pengajiannya. Hai bukan mudah tau...tak semua suami2 sanggup melakukannya. Tapi memang sebelum berumahtangga pun kami dah sama-sama mengetahui satu hari nanti kami akan terbang kebumi UK. Cuma masa yang menentukan kami ke mari. Tapi sekarang ni dah jadi kenyataan. Alhamdulillah semua nya dah berjalan dengan baik. Isteri pun dah dapat menumpukan pengajian. Saya pun dah adalah sikit pendapatan untuk keluarga disamping mengajar mengaji untu anak-anak melayu di sini dan mengajar sekolah melayu di sini. Syukur Allah tentukan hamba-hambanya untuk berada dalam mana-mana keadaan. Saya pun akui bahawa dalam hidup ini, Allah dah tentukan segalanya untuk hambanya. Allah tak kan pilih dikalangan hambanya yang Dia sendiri tahu akan kekuatan dan kelemahannya. Moga saya dan keluarga adalah dikalangan hambaNya yang terpilih.

Cuma apa yang dimohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang di sini. Semoga hidup kami akan sentiasa disinari dengan kebahgiaan dan kejayaan yang diharapkan agar selepas ini akan merubah corak hidup keluarga dan dapat menyumbang kepada umat dan rakan-rakan dan sahabat handai di Malaysia. Macam-macam dalam kepala, tapi yakin bahawa Allah tentukan kami sekeluarga dicampakannya di sini untuk membina kekuatan, sama dalaman atau luaran. Ujian demi ujian ditempuhi,namun yakin bahawa ada orang lain yang lebih hebat ujiannya. Rahmat dan Barakah Allah sentiasa dipinta supaya segala cabaran kehidupan di sini dapat kami tempuhi dengan jayanya.

Tabur jasa untuk anak bangsa

Saya sekarang ini dah hampir 7 bulan merantau di bumi England bersama keluarga. Pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan samada aktiviti keluarga dan tidak ketinggalan juga dengan program-program bersama masyarakat dan komuniti Melayu ditempat kami tinggal ini. Ini pun tengah dalam usaha untuk mengadakan Kem Ibadah Solat untuk anak-anak Melayu di Sheffield ini, insya allah sekitar penghujung julai atau awal ogos. Kebetulan saya menjadi tenaga pengajar di Sekolah Melayu Sheffield, dimana sekolah ini bertujuan mengajar dan mendidik anak-anak melayu di sini dengan pelajaran bahasa melayu dan fardhu ain. Kebetulan bila sampai sahaja di Sheffield ini dalam beberapa bulan je sudah dilamar oleh AJK sekolah untuk membantu menjadi tenaga pengajar disekolah tersebut. Mula-mula tu tak berapa setuju jugak tapi fikirkan semangat menyumbang tenaga ini adalah tradisi dan amalan yang saya tidak boleh lupakan..dan tak mahulah kita ni kedekut ilmu...maka terima sahaja tawaran dengan segala kekurangan.

Sekadar berkongsi pengalaman dalam berdakwah ini, saya memang tidak boleh nak lupakan segala pengalaman semasa di malaysia. Mengadakan program remaja dan pelajar sekolah bila terlibat dalam PKIM dan ABIM sebelum ini. Jadi bila dah jadi 'ustaz' dan mengajar matapelajaran fardhu Ain, maka di situ nampak pelbagai kekurangan yang saya lihat dan memerlukan bantuan segera. kalau tidak anak-anak melayu kita yang dibesarkan dalam suasana di sini akan ketinggalan nampaknya. Tengah kecil inilah kita nak didik, nasihat dan tegur mereka semasa lakukan kesilapan nanti kalau dan dewasa, liat sikit.

Tapi alhamdulillah, nampaknya sambutan menggalakkan. Ibu bapa begitu prihatin dan ada yang sanggup menyumbang wang ringgit, makanan, bantuan dalam menjayakan kem yang nak dianjurkan ini. Inilah dakwah yang mampu saya laksanakan dengan kerjasama rakan-rakan melayu, ibu bapa yang menetap di sini dalam proses menyambung pengajian mereka di luar negara.

Ini pun sedang berusaha menyediakan modul kem, mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan bantuan memberi bimbingan untuk anak-anak bangsa ku.

Thursday, July 5, 2007

Indahnya kebesaran Allah


Sungguh ta'ajjub sekali saya melihat akan kebesaran Allah apabila satu petang membawa anak-anak bermain di padang , di bentang dada langit pelangi yang cukup cantik dan jelas sekali. Kalau dahulu masa di Malaysia amat jarang dapat tengok pelangi. Bukan tak pernah tengok sebelum ini tapi yang ini memang cantik dan jelas sekali. Kami pun terus merakamkan gambar pelangi ini untuk tatapan anak-anak.


Anak-anak kami pun menjerit-jerit..'babah, ummi ..rainbow..rainbow...beautiful.....'''


Wednesday, July 4, 2007

Demi keselamatan


Pagi ini saya membaca satu emel tentang panduan kepada masyarakat islam yang berada di UK ini, rententan daripada isu pengeboman di London dan Glasgow baru-baru ini. Emel yang dihantar oleh pihak JPA dari london dikirim oleh salah seorang kawan dari sheffield itu meminta pihak pelajar dan penduduk muslim supaya berhati-hati dalam menghadapi isu ini kerana jika ianya tidak diambil berat dikhuatiri akan berlaku suasana tidak selesa dikalangan masyarakat antarabangsa. Memang peristiwa ini agak merunsingkan. Kerana kalau kita lihat keadaan yang berlaku itu cukup menyayatkan dan ini semacam membangkitkan kemarahan pelbagai masyarakat antarabangsa. Ia juga memberi kesan yang cukup negatif kepada imej umat islam seluruh dunia. Di sheffeild ini nampaknya agak kurang sikit jika dibandingkan dengan kawasan bandar seperti di London. Rakan-rakan saya di sesetengah tempat yang kebanyakan masyarakat bukan islam juga semakin risau dengan keadaan mereka.


Nampaknya inilah yang dinamakan cabaran bagi umat islam akhir zaman. Di mana dek kerana 'nila setitik rosak susu sebelanga'.


Saya nyatakan juga sebahagian daripada makluman daripada pihak JPA london untuk tatapan dan perhatian kita :


Dear All,

In view of the recent terrorism-linked incidents in both London and Glasgow, we seek your full discretion to be careful and vigilant of your surroundings. While there is yet any injuries to the innocent, please exercise extreme caution when venturing out of your house/accomodation. At the moment, we are not privy to the details of threat or where, but the UK Government has put the level of security to the highest possible - "Critical". Needless to say, we have to be very careful of our safety and that of our friends. Furthermore, the threat of harm need not necessarily come from 'terrorist' but could also be due to retaliation and/or profiling by the locals. So in view of the extenuating circumstances above, please do not ignore normal safety precautions.

Our immediate advice is as follow:

1. Please exercise restrain in travelling. Travel only if necessary.
2. Please do not walk alone in secluded or lowly lit areas. Where possible, travel/walk in groups.
3. Please do not behave in a manner that will attract the unnecessary attention of others.
4. Please infrom your friends of your whereabout in UK, should they/we need to contact you.
5. Please get to know your friends, especially foreigners, before going out or associating yourself with them.
6. Please bring your student ID all the time.
7. Please key-in JPA London's phone number as your ICE (In Case of Emergency) number. Please see our number below.
8. If you are away from UK, please have the courtesy to inform JPA London of the dates and place.


Moga ada manfaat kepada yang membacanya.


Fikirkan lah untuk kebaikan bersama.

Tuesday, July 3, 2007

Tanda bahagia dalam keluarga


Sebelum kahwin dulu memang aku selalu juga membaca tentang buku parenting, tentang bagaimana untuk mendidik anak-anak, psikologi anak-anak dan sebagainya. Masa ambil degree dulu pun adalah ambil kursus Child Pychology. Menarik juga ilmu ini. Kadang-kadang terbayang seronoknya kalau sekarang aku boleh apply ilmu itu. Itu dulu lah, masa main dengan teori. Tapi sekarang dah hampir 6 tahun berumahtangga, dengan 3 orang anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian, baru aku tahu betapa teori yang aku sangkakan bukan mudah untuk dilaksanakan bila anak-anak dah didepan mata.


Sekadar berkongsi pengalaman, anak-anak masih kecil ni memang cukup mencabar kesabaran kita kadang-kadang. Sebagai bapa, kita memang sayangkan anak dan tiada siapa yang bencikan anak-anak. Haiwan pun sayangkan anaknya. Tapi anak-anak zaman sekarang ni memang cukup cerdik. Perangai dan sikap mereka kadang-kadang diluar jangkaan kita kalau hendak dibandingkan dengan zaman budak-budak kita tahun 80 an dulu. Nakal tu biasalah tapi tidaklah sehebat anak-anak zaman IT ni. Emosi mereka cukup mencabar kita. Kadang-kadang mereka lebih hebat daripada kita. Sekali ditegur, 2 kali dijawabnya. Itu tak tengok lagi kalau kita marah, dia boleh tanya..~ kenapa babah marah angah?' ini anak kedua saya.


Sebab itu, kesabaran yang biasa tidak cukup untuk mendepani karenah anak-anak , kadang-kadang lepas solat tu, seringlah doakan semoga boleh jadi bapa yang baik, soleh dan mampu membahagiakan keluarga.


Tapi dalam karenah anak-anak ni pun ada juga 'happy' nya. Karenah anak-anak zaman IT ni, kadang-kadang menggelikan hati pun juga. Pertanyaan yang melawakkan , persoalan yagn menggelikan hati juga sering menjadikan aku sering tersenyum...inilah tanda bahagia dalam keluarga

Umat Islam kena berwaspada

Sekarang ini, masih hangat lagi peristiwa pengeboman di Airport Glasgow, Scotland. Peristiwa yang menyayatkan itu, sedikit sebanyak menggemparkan semua pihak terutama umat islam sebab rata-rata berita yang ditulis mengaitkan dengan rangkaian al-Qaeda. Entahlah, nak percaya pun susah juga. Dan bertahun-tahun dan berpuluh kali peristiwa macam ini berlaku diseluruh dunia, namun gerakan al-Qaeda macam semakin berleluasa. Benarkah? atau hanya sebagai satu usaha mengkambing hitamkan umat islam sahaja?. Betapa ramai pakar perisik seluruh dunia yang hebat-hebat belaka namun kita lihat tak mampu lagi untuk melumpuhkan gerakan seperti ini kalau benar lah ianya sebagai punca.

Sekali sekala terfikir juga, bukan main hebat sungguh gerakan yang dinamakan a-qaeda ini sampaikan mampu menggugat kekuatan negara-negara moden seperti us dan uk nih. Seolah-olah ada yang tak kena dengan agenda terorisme zaman ini. Kita bukan nak menyokong atau menuduh tetapi , Allah berikan kita akal untuk menilai dengan penuh taakul untuk mencari jalan bagaimana mengatasi masalah ini. Ada orang bertanya dengan saya, sanggup sungguh orang sebegini melakukan tindakan seperti ini? entahlah, nak jawab pun kita tak mempunyai jawapan tepat tetapi cukup mengatakan bahawa seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dengan peristiwa seperti ini.

Semasa di malaysia , pernah juga menghadiri seminar berkenaan dengan terorisme dan cabaran kepada umat islam. Pelbagai kupasan dan komen serta pandangan pakar-pakar berkenaan dengan peristiwa september 11 dan banyak lagi usaha terorisme diseluruh dunia. Yang pasti kita lihat , ianya seoleh-olah ada satu perancangan yagn cukup licik untuk merosakkan imej umat islam. Memang tidak dinafikan wujud kelompok yang berfikiran kasar/ ganas dalam menangani sesuatu isu. Memang ada kelompok yang berlatarbelakangkan agama tidak kira islam, budha, kristian yang terjerumus dengan terorisme. Tapi kalau setiap kali berlaku peristiwa pengeboman maka jawapan kepada punca adalah umat islam. Ini suatu yang tidak adil dan perlu penelitian.

Kadang-kadang terasa sedih juga. Cabaran umat islam diakhir zaman. Yahudi di palestin yagn telah berpuluh, ribuan tahun melakukan keganasan terhadap umat islam tidak pula diletakkan sebagai teroris. Umat yang tidak mempunyai tanah dan negara, mencuri sempadan umat islam, melakukan jenayah, membunuh umat islam, seolah-olah ditutup akan tindakan mereka. Apakah ini satu perancangan yang disusun semata-mata untuk memadamkan tindakan teroris yahudi yang lebih buruk lagi sejak dari berpuluh abad lampau......

Umat islam harus tabah dalam menghadapi ujian ini. Kita harus sentiasa berwaspada dengan dakyah yahudi yang sememangnya menguji akan kekuatan kita disamping menuding akan kesilapan mereka.

Fikirkanlah...jawapan ada ditangan kita

Monday, July 2, 2007

Mengapa Islam yang dituding?

Dalam paparan media, sering kita lihat pelbagai peristiwa keganasan yang berlaku membabitkan kelompok ektremis diseluruh dunia. Peristiwa pengeboman dimana-mana amat menyedihkan melibatkan orang awam yang tidak berdosa. Namun disebalik pelbagai peristiwa tersebut kita tidak harus melihat dari satu sudut sahaja. Mengapa ianya terjadi. Kenapa ada insan yang sanggup melakukananya.? Kita juga harus meneliti perkara ini dengan mencari punca secara menyeluruh mengapa wujudnya kelompok sebegini. Usaha menangani terorisme ini harus menyeluruh. Tidak hanya terus menuding kepada kelompok2 tertentu. Ada pihak , bila sahaja berlaku peristiwa keganasan, pengeboman, maka dengan serta merta mengaitkan dengan kelompok islamis. Ini satu perkara yang cukup mengecewakan. Golongan ekstremis ini wujud dimana2 puak dan agama. Tidak kira islam, budha, kristian, dan sebagainya. mengapa bila berlakunya pelbagai peristiwa maka islam yang dipersalahkan.

Islam mengajar umatnya sentiasa berhadapan dengan pelbagai perkara dengan pemikiran dan kewarasan yang benar. Tidak ada ajaran yagn mengajak umatnya melakukan kerosakan demi semata-mata mencapai matlamat jangka pendek. Kalau pun ada ini mungkin sebilangan mereka yang tidak berfikiran panjang atau mereka yang sememangnya sudah hilang punca akibat daripada tekanan dan peristiwa yang berlaku dalam diri mereka. Sikap sudah tidak mempercayai sistem dalam konteks semasa, jalan perbincangan, itulah yang menyebabkan ada pihak yang mencari jalan mudah untuk melaksanakan matlamat diri mereka.

Atau juga dengan perspektif yang lain, sudut yang berbeza, kita juga harus memikirkan mengapa ada insan yang sanggup melakukan perkara sebegini. Ini mungkin kerana sistem hidup yang dialami mereka sudah tidak memberi jalan kepada keamanan dalam kehidupan mereka. Kepercayaan dan keyakinan bahawa sistem yang dianggap sudah hancur ini tidak lagi mampu membina dan mengamankan manusia didunia akibat pendominasian manusia.

Sebab itulah mengapa ada kelompok yang mengambil jalan mudah yang tidak menguntungkan banyak pihak.

Fikir-fikirkanlah....