Friday, December 28, 2007

Ziarah sempena Eid Adha semasa Cuti Krismas




Pada 25 Disember lalu , rumah kami dikunjungi oleh saudara daripada Leeds. Keluarga Ustaz Daud bersama-sama keluarga mereka dan rakan-rakan Leed telah menziarahi kami. Penuhlah rumah dengan riuh rendah. Suasana cuti sempena krismas dimeriahkan dengan jamuan hari raya, kerana masa hari raya baru-baru ini tak berapa meriah kerana jatuh pada hari kerja dan tengah-tengah minggu.




Sekali lagi terima kasih Ustaz Daud dan keluarga yang sudi ziarah kami dirumah. Jangan serik datang lagi rumah kami lepas ini...

Terima kasih Ziarah kami


Al-hamdulillah 2 orang rakan daripada Helwa ABIM negeri selangor telah menziarahi kami sekeluarga di sini. Dengan menghadiri Himpunan Musim Sejuk anjuran MISG ABIM Uk sempat lah bersembang tentang perkembangan ABIM dan suasana rakan-rakan di malaysia. Rindu rasanya dengan program dan aktiviti seperti dahulu. Insya Allah panjang umur akan kembali bersama. Bersama hampir 2 minggu meninggalkan kenangan manis untuk bertemu kembali masa akan datang. Moga kehadiran kalian akan memberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan.

Kami sempat bergambar di Manchester Airport sewaktu menghantar mereka pulang ke Malaysia pada 23 Disember lalu. Selamat jalan....

Lelaki Melayu Terakhir




Tengoklah anak teruna saya tu. Di mana-mana sahaja bersongkok. Hari Raya bersongkok, jalan-jalan bersongkok..ni nak pegi membeli belah di pasaraya pun bersongkok juga..tak pelah..mudah-mudahan nanti, boleh jadi Mufti bila dah besar nanti..Mufti Habil Naqeeb al-hafiz....amin..

Gotong Royong Keluarga Sheffield sempena eidul adha




Alhamdulillah warga Melayu Sheffield sempat mengadakan majlis gotong royong dan jamuan besar sempena eidul adha pada tahun ini di Pakistan Muslim Center pada 23 Disember 2007 lalu. Majlis juga diseri dengan Ceramah Eidul Adha oleh Ustaz Mohamad dari Birmingham.

Wednesday, December 26, 2007

Eidul Adha Lambang Perpaduan

Eidul-Adha menjadi saksi kepada beberapa ibadah istimewa yang dikhususkan di dalam bulan yang mulia ini.

Di antara ibadah yang istimewa ini adalah ibadah korban. Ibadah yang melambangkan pengorbanan umat manusia bagi Tuhan Maha Pencipta.

Pada Eidul-Adha ini juga, umat Islam seluruh dunia berhimpun di tanah suci untuk menegakkan rukun Islam kelima, iaitu ibadah haji.
Disamping mendidik umat Islam untuk sanggup berkorban dengan meninggalkan keluarga dan harta demi Allah S.W.T dan RasulNya, ibadah haji juga bertujuan mendidik umat Islam untuk bersatu demi mencapai kebaikan bersama dan matlamat yang mulia. Ibadah haji merupakan lambang puncak kesatuan umat Islam, sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 92:

Maksudnya: “Sesungguhnya umatmu ini adalah ummat yang satu dan aku adalah Tuhanmu maka sembahlah aku.”

Begitulah kehidupan kita di dunia ini, kita dituntut oleh Allah S.W.T. untuk menyembahNya dan mengagungkanNya. Dan kewujudan kita dimuka bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengabdikan dan menyerahkan diri padaNya.
Pastinya segala amal ibadah yang dilakukan tidak kira apa jua rupa dan bentuknya adalah untuk kita mendapat keredhaan dan pahala dari Allah S.W.T.

Di musim haji ini, saudara-saudara kita mengorbankan masa, tenaga dan keselesaan hidup bersama keluarga, untuk menunaikan kewajipan haji. Semoga tercapai cita-cita mereka untuk mendapat haji yang mabrur, yang mana tiada ganjarannya melainkan dikurniakan syurga.

Bagi sebahagian dari kita yang sebentar lagi akan mengerjakan ibadah korban, pastinya kita juga ingin mendapatkan pahala dari ibadah ini dan dihapuskan segala dosa.

Tujuan untuk mendapat pahala dalam mengamalkan ibadah adalah satu tujuan yang murni. Tetapi selain dari mencari pahala, ada tujuan yang lebih besar disebalik melakukan amal ibadah.

Tujuan ini ialah untuk kita mengukuhkan lagi keimanan pada Allah S.W.T. dan menambahkan lagi kecintaan pada Baginda Rasulullah S.A.W. Inilah yang dimaksudkan dengan kemanisan iman. Iman yang tidak dapat digugat walau apapun dugaan dan cabaran yang dihadapi.

Untuk kita mencapai kemuncak keimanan ini, tidak cukup dengan kita melakukan amal ibadah lahiriah sahaja. Tetapi amal ibadah yang dilakukan perlu memberi kesan pada diri dan kehidupan kita. Amal ibadah yang kita lakukan perlu melahirkan nilai-nilai yang mulia dalam diri kita.

Di antara nilai-nilai ini yang dapat kita pelajari dari Eidul-Adha adalah pengorbanan dan perpaduan. Bersempena hari yang mulia ini sama-samalah kita pelajari kepentingan nilai-nilai ini serta menerapkannya di dalam kehidupan kita

Di dalam sejarah ibadah korban, kita lihat bagaimana Nabi Ibrahim A.S. bersedia mengorbankan anak kesayangannya demi mentaati perintah Allah.

Pengorbanan pertama yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S. ialah apabila Baginda meninggalkan anaknya Nabi Ismail A.S. yang masih kecil bersama ibunya di sebuah lembah yang gersang dan kering kuntang.

Pengorbanan yang kedua pula, kita lihat bagaimana Nabi Ibrahim A.S. sanggup menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S., yang sudah meningkat dewasa. Nabi Ismail A.S. pula sanggup dikorbankan kerana mentaati perintah Allah S.W.T. Cerita ini diabadikan oleh Allah S.W.T. untuk pelajaran kita semua melalui firmannya di dalam surah As-Saffat ayat 102-105:
Maksudnya: “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi(sebagai satu perintah) bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah (untuk disembelih) serta kami menyerunya: Wahai Ibrahim, “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu,” demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan”.

Peristiwa-peristiwa ini bukanlah hanya untuk kita kembalikan syiarnya sahaja. Tetapi yang lebih utama dan yang perlu dihayati, ialah nilai pengorbanan di dalam kehidupan. Untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat, kita perlu ada pengorbanan. Kita perlu sanggup berkorban sesuatu perkara yang kita sayangi dan cintai demi untuk mencapai matlamat yang lebih penting dan utama.

Sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S., apabila Baginda meninggalkan anaknya di tanah yang gersang, tujuan Baginda, di samping menuruti perintah Allah S.W.T. ialah kerana di lembah itulah Allah S.W.T. telah menetapkan tapak bagi Baitullah al-Haram yang menjadi qiblat bagi orang yang beriman. Sepertimana firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 37:
Bermaksud "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) yang tidak subur dengan tanaman, di sisi rumahmu yang suci yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami! (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.”

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita pula. Untuk mencapai sesuatu kejayaan, sudah pasti memerlukan pengorbanan. Sebagai contoh, kita inginkan anak-anak Islam kita berjaya. Impian ini pasti memerlukan pengorbanan. Pengorbanan kewangan, pengorbanan masa, pengorbanan memberi kasih sayang dan sokongan.
Dewasa kini, Alhamdulillah kita dapat lihat hasil pengorbanan masyarakat Islam Singapura. Kita dapati semakin ramai masyarakat Islam yang berjaya khususnya dalam bidang pelajaran. Dan pastinya kejayaan-kejayaan mereka antara sebabnya adalah pengorbanan dan usahasama masyarakat Islam Singapura.

Pada hari ini juga, umat Islam seluruh dunia berhimpun di tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Selain dari nilai pengorbanan yang terpancar dalam ibadah haji ini, ia juga mengajar akan nilai kesatuan, perpaduan dan kasih sayang dalam kehidupan.

Pada saat inilah, saudara mara kita di Tanah Suci sedang bersama umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Pada saat ini juga, umat Islam di merata dunia sedang melaungkan takbir, tahmid dan tasbih mengagungkan Allah S.W.T.

Inilah keistimewaan yang ada pada umat Islam. Umat Islam adalah umat yang satu, umat Islam adalah ummah persaudaraan dan umat Islam adalah umat yang berkasih sayang.

Baginda Rasulullah S.A.W. telah banyak mengajar kita tentang perpaduan. Marilah kita renungkan nasihat-nasihat Baginda Rasulullah S.A.W.
(Riwayat Imam muslim)
Maksudnya: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam keadaan mereka berkasih-sayang, rahmat-merahmati dan bersikap lemah lembut sesama mereka, adalah seperti sebuah jasad, jika salah satu anggota merasakan kesakitan, anggota lain juga akan mengadu kesakitan.

Baginda bersabda lagi:


(Riwayat Imam Al-Bukhari)
Maksudnya: Seorang muslim adalah saudara kepada orang muslim lain. Janganlah ia menzaliminya, dan janganlah ia menolak dari memberi pertolongan kepadanya. Barangsiapa yang membantu saudaranya, Allah akan membantunya. Barangsiapa yang melepaskan dari saudaranya kesusahan, Allah s.w.t akan melepaskannya satu kesusahan dari banyak kesusahan pada hari Kiamat. Dan barangsiapa yang sembunyikan aib saudaranya, Allah akan sembunyikan aibnya pada Hari Kiamat.

Sabda Nabi s.a.w. lagi:
(Riwayat Imam Ahmad)
Maksudnya: “Hubungkan (ikatan persaudaraan) dengan sesiapa yang memutuskannya dan berilah bantuan pada sesiapa yang enggan memberi bantuan kepadamu, dan ma’afkanlah sesiapa jua yang telah menzalimimu.”

Begitulah pengajaran Baginda Rasulullah S.A.W. mengenai persaudaraan dan perpaduan. Hubungan di antara manusia adalah berlandaskan rahmat, kesejahteraan dan kasih sayang. Dalam kehidupan seharian kita, nilai perpaduan dan persaudaraan amat penting demi untuk memastikan kerukunan, kejayaan dan kesejahteraan terus kekal.

Kita tidak mampu bergerak sendiri sebagai individu, di dalam menangani cabaran-cabaran besar di dalam masyarakat. Seharusnya kita saling memperlengkap kekurangan yang terdapat pada saudara dan masyarakat kita.

Kita kini mengalami pelbagai cabaran sosial seperti keluarga pincang dan berpendapatan rendah dan gejala sosial yang semakin meruncing. Di samping itu, dengan saluran maklumat yang tidak terbatas, kita juga terdedah kepada pelbagai pola fikir samada yang baik ataupun yang tidak sihat. Bukan sahaja emosi bahkan minda kita turut tercabar untuk terus kekal relevan dan selesa beragama di dalam konteks global hari ini.
Untuk menghadapi cabaran demikian, selain pembangunan daya tahan individu, masyarakat perlu menggembling tenaga bersatu dan bekerjasama untuk mengatasinya dengan berkesan.

Kita tidak boleh berhenti setakat mengetahui masalah dan cabaran atau memberikan komen kosong semata, kerana semua ini tidak akan mendatangkan perubahan. Kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh dan memikirkan untuk diri kita sahaja. Sebagai salah seorang anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita harus bergerak sebagai satu badan, jika satu bahagian dari badan itu sakit pastinya kesakitan itu akan dirasai oleh seluruh tubuh badan kita.

Begitulah dua nilai yang dapat kita pelajari dari dua ibadah penting yang dilakukan dalam kita menyambut Eidul-Adha.

Semoga dengan menghayati semangat pengorbanan dan kesatuan di hari yang mulia ini, masyarakat Islam Singapura dapat menjadi contoh yang baik buat masyarakat lain.

Dengan penghayatan nilai pengorbanan dan perpaduan, kita akan mencapai kemuncak keimanan dan kemanisannya. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W.

(Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Tiga perkara jika terdapat dalam diri seseorang, maka dia akan dapat merasa kemanisan iman: (Pertama) Apabila dia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari semua perkara yang lain, (Kedua) Apabila dia mencintai orang lain semata-mata kerana Allah, (dan yang Ketiga) Apabila dia benci dan tidak ingin saudaranya kembali ke dalam kekufuran, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan di dalam api neraka."

Rujukan : Khutbah Eidul Adha- MUIS- 20 Disember 2007

Menghayati intipati korban

DALAM kita melaksanakan ibadah korban, berjuta saudara Muslim yang lain pula berkorban wang ringgit, tenaga serta masa mereka untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika ini, berjuta umat Islam sedang berkumpul di Mekah al-Mukarramah untuk mengerjakan ibadah haji. Mereka ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kemampuan dari segi wang ringgit, fizikal, mental dan rohani.
Walaupun mereka berlainan warna kulit dan rupa, berbeza darjat dan keturunan, serta berbeza dari segi latar sosioekonomi. Namun demikian, mereka datang dengan satu matlamat iaitu beribadah kepada Allah s.w.t dengan membesar dan mengagungkan-Nya.
Para jemaah haji yang kini berada di Tanah Suci memakai ihram melambangkan keseragaman dan kesamaan, mereka membenamkan segala sifat takbur dan taksub demi menjadi umat yang satu. Di sinilah, semangat kesamaan dan persaudaraan sesama manusia ditunjukkan dan dihayati untuk menghasilkan dan menzahirkan satu kesatuan ummah yang paling hebat.
Di sebalik kedua-dua peristiwa ini iaitu peristiwa korban dengan ibadah haji, tersemat dan terakam beberapa ciri penting yang melambangkan syiar Islam sebagai satu agama yang tulus, membina dan ihsan.
Pertama, peristiwa korban keluarga Nabi Ibrahim a.s menggambarkan betapa pentingnya jiwa yang kuat serta semangat kental untuk menjadi pejuang kepada diri sendiri dan masyarakat.
Kedua, perlunya jalinan ukhuwah yang kukuh berdasarkan takwa. Perpecahan di kalangan masyarakat disebabkan tiadanya ukhuwah sesama anggotanya membawa kepada kelemahan, perpecahan dan persengketaan.
Ketiga, setiap kejayaan dan kesenangan yang kita nikmati perlu didahului dengan usaha bersungguh-sungguh dan memerlukan pengorbanan. Kesediaan kita untuk berjihad dalam erti kata yang sebenarnya akan membawa kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Selain itu, untuk mengukuhkan kekuatan diri, masyarakat dan juga ummah, setiap individu perlu mempunyai jiwa tauhid. Ini bererti, kita memuja dan menyembah hanya kerana Allah s.w.t dan kita sanggup berkorban demi mencapai keredhaan-Nya. Bagi membentuk individu yang berkeperibadian dan mempunyai jiwa tauhid, kita perlu berkorban membendung kerakusan nafsu serakah yang ingin bertakhta dalam kehidupan individu bagi mengelakkan hati dan pemikiran dikaburi oleh segala macam kebendaan dan kemewahan yang bersifat keduniaan yang tidak kekal.
Untuk mencapai kejayaan abadi di dunia dan akhirat, kita perlu berkorban dengan mengetepikan kepentingan kebendaan yang bersifat sementara. Maka dengan itu, semangat perjuangan mesti dibentuk dengan membina sifat ingin berjihad dan sedia berkorban.
Dalam persoalan lain, kita perlu menanyakan apa yang sedang berlaku kepada umat manusia sekarang? Realitinya ialah manusia semakin jauh daripada bimbingan yang bersumberkan al-Quran dan as-sunah, semakin luntur keimanannya terhadap kebesaran dan kekuasaan-Nya lantaran kecintaan yang melampau kepada kehidupan dunia dan kebencian terhadap maut.
Dalam kehidupan seharian, kita sering dikaburi kemewahan, keselesaan, kesihatan, pangkat dan kedudukan, sehinggakan kita lupa segala yang kita miliki hanyalah pinjaman daripada Allah s.w.t. Ini menyebabkan masih ramai umat Islam yang tidak mengendahkan perintah berzakat kerana takut hartanya berkurangan, sedangkan masih terdapat di kalangan masyarakat kita yang hidup dalam kemelaratan dan hidup dalam kedaifan.
Maka dengan sebab itulah, sebagai umat Islam kita berkewajipan memanifestasikan semangat ibadah korban ini dalam kehidupan bermasyarakat. Pada hakikatnya, ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah yang tidak terhingga. Di sinilah letaknya kekuatan dan kecemerlangan umat Islam sejati. Terkandung padanya sifat-sifat luhur seperti ketaatan, kesabaran, kesatuan, tolong-menolong dan prihatin terhadap semua insan.
Soal memajukan pendidikan, membangunkan ekonomi, membanteras keruntuhan akhlak dan menyekat gejala sosial adalah soal-soal kehidupan hari ini yang menjadi tanggungjawab kita bersama. Untuk mencapai huraian mutlak bagi permasalahan masyarakat Islam kita hari ini, kita perlu disedarkan tentang peranan kita yang sebenar selaku hamba Allah s.w.t dan sebagai anggota masyarakat. Langkah-langkah perlu dimulakan untuk menyedarkan manusia akan peri pentingnya sifat-sifat kemanusiaan dalam diri setiap individu melalui peristiwa korban.
Ini kerana falsafah korban itu sendiri merupakan suatu sifat yang terpuji di sisi Allah s.w.t kerana ia lahir daripada sanubari yang suci, bukan didorong oleh nafsu dan keinginan yang menyimpang dan menyeleweng. Oleh kerana sifat ini lahir dari tempat yang suci, maka ia akan berterusan wujud pada setiap diri atau jiwa yang benar-benar menginginkan sesuatu yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Oleh kerana itu, melalui peristiwa ini, maka setiap umat Islam perlulah mengambil iktibar dengan sebaik mungkin untuk memikir dan merenung mengapa kita perlu berkorban dalam hidup ini. Kita bukan saja dituntut untuk melakukan pengorbanan pada Hari Raya Aidiladha, malah jauh daripada itu untuk sanggup berkorban dalam melakukan apa saja tindakan dan perbuatan seharian selagi tidak tergelincir daripada landasan agama Islam.

Rujukan : http://ttuyup.wordpress.com/2006/12/22/menghayati-inti-pati-falsafah-korban/

Friday, December 21, 2007

Dari NIssan Serena ke Ford Galxy


Ehm, rasa cukup sedih atas segala yang berlaku tapi menerima takdir dengan rasa syukur atas ujian Allah . Namun Allah jua lah yang memberi dan dia jualah yang akan ambil. Alhamdulillah setelah berfikir , kami bersetuju untuk mendapatkan kenderaan lain untuk memudahkan urusan dan pergerakan kami di sini. Doa kami agar kenderaan kami kali ini akan dilindungi atas segala ujian lagi. Moga pengalaman lalu mengajar kami agar lebih berhati2.

Tuesday, December 18, 2007

Winter Gathering at Manchester


Gambar bersama rakan2 dan peserta Winter Ghatering bersama jugak Exco Komuniti manchester yang di adakan pada 14-16 Dis 2007 lalu

Thursday, December 6, 2007

Himpunan Musim Sejuk MISG ABIM UK-Eire 2007

Tarikh: 14 - 16 Disember 2007
Tempat:
United Kingdom Islamic Mission
Jamia Masjid Khizra425 Cheetham Hill
RoadManchester
M8 OPH
Tema: "Mengukuh Jama'ah Memperkaya Dakwah"
Yuran:
Undergraduate £15
Family £20

Nearest Public Transport:
Train (Manchester Victoria, approx. 30 mins walking)
Anjuran:
MISG-ABIM UK & Eire
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran, yuran, tentatif program dan lain-lain, sila emailkan kepada admin@misg-abim.org

Sekolah Melayu Sheffield


Tahun baru bagi sesi 2007 telah bermula. Setelah sekolah ditutup semenjak hari raya lalu, kini telah dibuka. Saya masih diberi tanggungjawab oleh pihak pengurusan sekolah melayu untuk mengajar subjek Fardhu Ain kepada anak-anak melayu disheffield ini. Walaupun ianya bukanlah perkara susah tetapi memerlukan persediaan yang rapi juga kerana kali ini saya berhadapan dengan anak-anak berusia dari 5- 12 tahun. Seusia ini kita harus pandai bagaimana untuk mendapatkan perhatian mereka untuk memahami tentang asas islam dan kepentingan dalam hidup.


MInggu pertama dalam kelas tersebut , terasa begitu berat kerana bila dimulakan muhasabah diri bersama anak-anak melayu sheffield apa yang mereka faham tentang makna fardhu ain dan apakah yang mereka tahu tentang islam . Ternyata harapan saya meleset. Mereka memerlukan penjelasan yang betul2 asas tentang diri dan kepentingan hidup beragama. Inilah antara cabaran saya ketika di sheffield ini. Selain diberi tanggungjawab dalam kepemimpinan persatuan , dalam masa yang sama juga diberi tanggungjawab mendidik anak bangsa untuk memahami islam dan perkara asas dalam fardu ain. Ini penting demi masa anak2 kita setelah mereka dewasa nanti. Almaklum ketika beberapa tahun di sini , masa untuk mempelajari agama secara formal amat terhad jika dibandingkan dengan keadaan kita di negara sendiri. Namun usaha tetap diteruskan. Sekurang2 nya harapan saya agar mereka tidak kekok dan memahami secara asas tentang solat, ibadah2 yang utama disamping perkara berkaitan dengan akidah dalam hidup mereka.


Doa saya juga moga ini adalah salah satu sumbangan demi membantu umat dan masyarakat serta bangsaku untuk islam. Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hidup di sini. Amin
( gambar di atas ehsan daripada program khemah ibadah yang saya anjurkan untuk anak-anak melayu sheffield september lalu)

Berkhidmat untuk Melayu Sheffield

Meneruskan dunia kehidupan di sheffield ini adalah antara usaha dan perkara yang harus diberi keutamaan setelah diberi tanggungjawab untuk menjadi pemimpin. Walau pun tidak diberi sebarang habuan tetapi kerana sudah biasa sejak daripada bergraduat terlibat dalam kerja2 sukarela ini, maka itu menjadi satu kebiasaan dan lumrah. Kerana dengan memberi sumbangan kepada masyarakat maka diri ini merasai satu kepuasan dalam hidup. Tidak kiralah kadang2 kita dihimpit dengan kesibukan, letih, penat dsb. Kerana dalam menyumbang kepada masyarakat makin kita berkeinginan dalam menyumbang makin banyak halangan , dugaan yang akan kita tempuhi, kerana apa? kerana Allah hendak menguji kita sejauh mana keikhlasan kita dalam memberi sumbangan tersebut.

Memang kadang2 diri ini terasa semacam terbeban, almaklum sebagai manusia biasa jiwa sentiasa dihimpit dengan nafsu dan syaitan, namun alhamdulillah akal fikiran , ruh keimanan harus mengatasi segalanya. jangan kita merasa sumbangan kepada umat dan masyarakat itu sia2 kerana bukan sikit janji allah kepada hambanya bagi mereka yagn kasihkan sahabat, dan keluarga walaupun lain darah dagingnya.

Insya Allah beberapa minggu lagi kita akan menyambut eidul adha almubarak. maka bermula lah satu lagi peranan kami di sheffield ini untuk mengusahakan program, menganjurkan majlis dan sebagainya untuk kebaikan masyarakat melayu dan keluarga besar disini. Walau jauh diperantauan, jauh dengan keluarga terdekat..tetapi rakan taulan yang sama-sama berjuang di sinilah sebagai ganti saudara . Maka kita usahakan bersama untuk menjadikan majlis kita ini semeriah keluarga kita di Malaysia.

Tuesday, December 4, 2007

Ujian Allah buat kami


Sungguh besar ujian Allah terhadap kami di sini. Rezeki dan umur kita ini pinjaman daripada ALlah SWT. Mudah kita dapat, mudah juga ALlah mengambilnya...Itulah hakikatnya yang perlu kami sekeluarga tempohi . baru-baru ni kereta kepunyaan kami yang tak seberapa telah dicuri oleh orang yang tak bertanggungjawab. Kami jadi panik bila pertama kali melihat kenderaaan kami telah tiada di tempatnya. Apa pun rasa cukup terkejut dan sedih. tapi nak buat macam mana harta dan kepunyaan kita itu diuji oleh dengan musibah yang menyedihakn.


Kami menjumpai akhirnya kenderaan kami dalam keadaan yagn menyedihkan. Namun apa yang harus kami lakukan adalah berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan kenderaan kami selepas ini. Ya ALlah walaupun sedikit ujian mu tapi hati ini cukup terasa. belum lagi ujian besar yang bakal menanti tatkala bertemu dengan mu.