Tuesday, April 29, 2008

Terkenang


Entah macam mana hari ini boleh terkenang pula zaman sekolah menengah dahulu di Kuala Kangsar. Bila dah tinggalkan bertahun-tahun terasa begitu manis dan pahit kenangan semasa mula mengenal hidup. Itulah istilah yang hanya mampu diungkap apabila sebut sahaja zaman sekolah menengah di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.
Disinilah diri ini mengetahui akan kesusahan, mengenal erti susah, pengorbanan, dakwah, jatidiri, dan macam2 lagi. Itulah takdir Allah mencampak aku ke sekolah ini yang menjadikan aku seperti hari ini. (Bukanlah baik sangat). Tetapi yakin dan syukur atas segala ketentuannya.
Semoga sesiapa yagn membaca blog ini dapat menghubungi agar dapat kita menjalin ukhuwwah kembali untuk masa depan islam. Apa sumbangan kita kepada sekolah kita dan anak2 generasi akan datang.

Monday, April 28, 2008

Usrah bulan April di Birmingham


Yang baju putih itulah sahibul Bait


Nama usrah, sampai peserta paling kecil pun turut sama berusrah


Rancak perbincangan nampaknyer


Inilah keluarga besar semasa usrah dirumah sdr nizam (birmingham)

Zirah Ustaz Mohamad (UUM)


Bersama isteri sembang2 dengan Ustaz Mohamad


Rancak bicara tentang masalah umat melayu di uk nih

Dalam suasana yang dah semakin panas sikit ni kami sekeluarga sempat berkunjung ke Birmingham untuk hadir dalam usrah bulanan. Kami sentiasa ziarah ilmu dah ukhuwwah setiap bulan. Dan jika berkesempatan kami akan menziarah ilmuan dan tokoh2 yang begitu kami kagumi dan orang2 yang tinggi ilmunya. Bukan apa, mudah-mudahan dapatlah sikit barakah ilmu mereka. Alhamdulillah kami sempat menziarahi Ustaz Mohamad , pensyarah UUM yagn sedang menyiapakan Phd beliau di Birmingham Univ. Kami rancak berbincang dan bertukar2 pandangan tentang hal-hal semasa berkenaan denga islam dan umat melayu khususnya rakan-rakan melayu di uk ni. walaupun tidaklah kenal rapat tetapi kami dapat mengerat hubungan sesama kami sekeluarga ketika berada di uk ini.

Bukan main lagi anak aku


Habil bermain rumput..ee seronok dapat keluar rumah


Setelah hampir beberapa bulan kami berada dalam suasana sejuk dimusim sejuk dibumi UK ni, barulah dapat merasai sedikit kepanasan. Anak-anak pun dah mula gembira apabila dapat keluar bermain dikala waktu spring ni. Ahai seronok tengok mereka kalau tidak asyik dok mengaruk je dalam rumah..almaklumlah cuaca di sini tak sama macam malaysia.

Tuntut ilmu walau dimana


Kerana ilmu kami diperkenalkan. Itulah ungkapan yang boleh dilafazkan dalam gambar ini kerana secara tiba2 adik-adik undergrade dikalangan bekas pelajar mrsm dimalaysia yang menyambng pengajian di uk datang keteratak kami untuk menuntut ilmu. Saya dihubungi oleh wakil mereka untuk berkongsi ilmu bersama saya tentang ilmu dan hikmah. Katanya mendapat contact daripada ust erfino, msd london. Tanpa mengetahui siapa mereka terus sahaja bersetuju untuk bersama dengan saya dirumah kami. Alhamdulillah mereka memang bagus2 orangnya dan jika diteruskan begini pastinya mereka akan dapat mendidik diri menjadi daie yang hebat masa akan datang. waktu yang singkat bersama menyerlahkan kasih sayang dan ikatan ukhuwah bersama tatkala berada dibumi uk bertuah ini. Moga allah memberkati segala perbincangan kami demi agama allah

Educational Visit to Animal Farm : Lawatan Ladang Pig?




Aha menarik sikit cerita kali ini. Inilah contoh bapa mithali, aku dan anak-anak ikuti program visit to animal farm. Alahai aktiviti yang paling tak berkenan. tapi demi anak2 tercinta dipaksa diri untuk sama-sama mengiringi mereka ke sana.

Oklah kalau dibumi uk ni aku tak hairanlah farm mereka sebab haiwan2 ternakan yang ditunjuk bukan semuanya menarik, ayam, itik, lembu , kambing..biasa bagi aku. Tapi yang paling menarik dalam hidup aku apabila ikut serta melawat ladang PIGs..aha nak tahu..kalau dalam isu yang hangat sekarang, kerajaan pakatan rakyat nak buat ladang pig modern...dan diberitakan ada kalangan ahli politik dikalangan BN telah menziarahi ladang pig modern luar negara...aha aku pun dah juga...

eee...kalau ikut hati memang nak larilah..tengok pig daripada dalam perut sampailah dah besar. Meamng secara umumnya nampak bersih dan setiap tugas dan kebersihan dipelihara...agaknya itulah cara yang nak digunakan untuk kebaikan masyaraka malaysia..baguslah...

sekadar berkongsi jelah

Visit ke2 ke Kota London


Dalam suasana kesejukan yang masih ada di bumi UK ini kami masih berkesempatan menziarahi kota london membawa anak-anak berjalan dan bercuti. Dalam kesibukan tugas juga dapat mengendurkan perasaan dalam suasana cuti sekolah , kami sempat berada di kota paling sibuk didunia ini.

entahlah, moga jalan-jalan keluarga ini akan lebih menyemarakkan lagi kasih saya kami sekeluarga di bumi orang ini.

Sunday, April 6, 2008

Habil Naqeeb

Habil Sewaktu sesi kanak-kanak PRI2008


Pemimpin masa akan datang!!!!



Sewaktu berumur 2 tahun














Cabaran Akhir Zaman


Tuesday, April 1, 2008

Program Rekreasi Ilmu Berjaya

Perasmian oleh Pengarah MSD, En Ahmad Nazri Sulaiman

Acara Memanah

Sesi Perasmian


Bergambar bersama Pengarah MSD




Thursday, March 20, 2008

PERTAHANKAN PERJUANGAN RASUL (SAW) DENGAN MUJAHADAH




Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Jumu'ah ayat 2 :

"Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang arab yang umiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) dari bangsa mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka dari iktikad yang sesat serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad itu adalah dalam kesesatan yang nyata".

Marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas segala limpah rahmatNya kepada seluruh kaum Muslimin dan umat manusia semuanya. Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW , kepada para sahabat dan keluarga baginda ’alihimus salam ajmain. Bersempena dengan Ulangtahun kelahiran Nabi Junjungan Besar Muhammad SAW pada tahun ini, marilah kita merenung dengan cukup mendalam akan tujuan dan matlamat kita sebagai umat Nabi akhir zaman. Kita kini sedang berada di dalam suasana yang cukup mencabar bukan sahaja dalam konteks kehidupan kita namun akhir-akhir ini wujud unsur-unsur untuk mempermainkan kemuliaan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Usaha sebegini adalah salahsatu daripada perancangan jahat dikalangan mereka yang irihati dengan kehebatan Nabi Muhammad SAW, disamping untuk memburuk-burukkan sejarah perjuangan baginda yang telah memberi kesan yang cukup besar dalam penyebaran Islam diseluruh dunia. Percayalah agama Islam yang kita anuti ini tidak akan mampu disebarkan seluasnya semata-mata atas kesedaran jiwa manusia tanpa kekuatan iman, aqidah yang ditanamkan oleh baginda, para sahabatNya, para tabiin yang memungkinkan Islam semakin melebar luas hingga ke saat ini. Hakikat inilah yang cuba dipadamkan oleh segolongan manusia yang tidak sedia dengan kebenaran ini. Sebab itulah wujudnya anasir karikatur yang menghina Nabi berlaku dengan meluas. Sikap memperkecilkan kewibawaan baginda juga telah mendapat respon yang pelbagai daripada umat Islam seluruh dunia. Begitu jugalah wujudnya kumpulan-kumpulan anti hadis yang menjadi kumpulan mendesak penolakkan hadith nabi yang muktabar. Tindakan beginilah yang telah membangkitkan semangat dikalangan umat Islam untuk mempertahankan kesucian Islam dan kebenaran perjuangan Nabi SAW.

Sahabat Muslimin sekelian,

Apalah ertinya sambutan ulangtahun Nabi besar kita atau Maulidur Rasul SAW kalau hanya kita menyambut dan mengenang nya sekadar peringatan zahirnya sahaja. Apalah ertinya keinsafan kita dalam menghayati sejarah perjuangan Nabi yang begitu panjang tanpa kita kaitkan dengan diri kita, peranan kita, tanggungjawab kita dan jihad kita untuk mempertahankan kesucian islam yang telah dibawa oleh baginda SAW. Sambutan tidak akan memberi makna tanpa usaha dan kecenderungan jihad dalam diri dan upaya kita mengangkat martabat diri kita, keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan negara kita ke satu era yang gemilang berdasarkan panduan wahyu. Cuba kita renung semangat jihad baginda yang dihamparkan dengan perjuangan Islam seawal kelahirannya, bagaimana perjuangan baginda berada dalam lingkungan masyarakat, begitu juga bagaimana baginda begitu tekun dalam melaksanakan tugas sebagai Al-Amin yang menjadi tunjang , menjadi kekuatan dan contoh generasi Mekah pada ketika itu atas kehebatan akhlaq dan sahsiah baginda. Inilah bukti akan contoh yang dimainkan oleh baginda kepada kaumnya walaupun berbeza dari segi fahaman agama dan keimanan. Namun baginda tetap menjadi rujukan, penyinar kepada kegelapan umat pada zamannya.

Allah SW berfirman dalam surah Al-Ma’idah, ayat 15:

Ertinya: Sesungguhnya, telah datang kepada kamu sebuah cahaya dari Allah dan Kitab yang Menerangkan.

Begitu juga perjuangan jihad di medan perang yang memaparkan kepada kita bahawa bagaimana perjuangan menegakkan Islam penuh dengan liku dan cabaran.Jatuh bagunnya jihad dimedan perang telah memperlihatkan kita akan bagaiaman baginda mengemudi tentera peperangan dengan strategi yang cukup hebat. Seperkara lagi dalam konteks mengangkat makna Maulidur Rasul ini adalah bagaimana kita menghidupkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita. Jangalah kita memperlekehkan sunnah nabi kerana setiap tindakan nabi, kata-katanya dan diamnya itu adalah sunnah dan wahyu Allah SWT.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
"Dari Anas bin Malik telah bersabda kepadaku Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka ia telah cintakan aku dan barangsiapa yang cintakan aku maka dia bersamaku di dalam syurga".

(Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Apa maknanya Maulidur Rasul pada kita? Sebagai umat yang berjiwa besar sudah pasti yang paling asas bagi kita bagaimana untuk kita meyakinkan diri kita bahawa keimanan dan kepercayaan kita kepada Junjungan besar nabi saw itu adalah suatu kebenaran yang mutlak. Tidak ada suatu kegelisahan dalam jiwa kita bila kita mengimani akan Nabi , rasul kekasih Allah.

Untuk membuktikan akan kebenaran dan kesan dalm diri kita, perhatikanlah , bilamana ada unsur-unsur penghinaan kepada Nabai SAW, apakah kita berasa tercabar, adakah jiwa kita merasa tergoncang atas kemelut penghinaan yang berlaku kepada kekasih Allah ini. Kita lihat berapa ramai umat Islam bila mana ada elemen pengkhianatan kepada Nabi, mereka berasa ianya suatu perkara kecil dan merasa ianya adalah perkara sampingan. Dan berapa ramai yang tidak memberi apa-apa respon dalam mempertahankan Islam dan perjuangan baginda dan yang paling teruk lagi apabila mereka mengiakan segala usaha memburuk-buruk baginda. Inilah cabaran uamt Islam pada hari ini.

Sahabat Muslimin sekelian,

Seterusnya erti sambutan Maulidur rasul juga haruslah memberi makna mempelajari sirah perjuangan baginda dengan benar. Mengkaji akan bagaimana usaha dakwah baginda, menelusuri sirah kehidupan baginda yang cukup bermakna dalm konteks kepimpinan dan kepemimpinan umat. Sikap yang begitu hebat dipaparkan dalam kitab sirah bagimana muamalah baginda sebagai pemimpin Islam dalam mengemudi sebuah perjuangan samada kecil dan besar. Daripada perjuangan sebagai ketua keluarga sehinggalah perjuangan sebagai ketua negara. Menghitung akan kehebatan inilah antara intipati menyambut maulidur rasul. Jangan hanya kita mengadakan majlis sambutan meriah tetapi kita tidak berupaya untuk menganjak minda untuk mempertingkatkan diri bukan sahaja mengikut perkara-perkara luaran baginda tetapi menilai apakah syarat-syarat untuk menjadi umat yang hebat di sisi Allah SWT. Kebimbangan yagn wujud pada hari ini adalah semua pihak sedar akan sambutan maulid ini tetapi ianya sekadar sebagai satu syiar, sambutan tahunan, mengisi kalendar program, majlis makan-makan dan sebagainya. Inilah tumpuan yang harus dimainkan kepada seluruh generasi baik daripada ketua keluarga sehinggalah kepada ketua negara. Dimana kita.? Kalau sikap ini tidak berubah maka sambutan akan hanya jadi sambutan tanpa isi dan kesan yang baik untuk jangka masa panjang.

Kepada rakan-rakan seperjuangan di bumi UK bertuah ini, marilah sama-sama kita renung tugas kita. Apakah tanggungjawab kita dalam menjunjung perjuangan baginda SAW? Apatah lagi kita berada dalam komuniti pelbagai agama, sudah tentulah cabaran kita besar bagaiaman untuk memperbetulkan persepsi Islam kepada masyarakat bukan Islam. Tugas sebagai pendakwah juga tidak kurang besarnya. Yang paling mudah bagi kita dalam menjunjung nilai perjuangan baginda adalah bagaimana kita sebagai individu harus memelihara akhlak dan sahsiah diri kita sebagai muslim dibumi UK bertuah ini.Pelihara akhlak dengan orang lain, menjadi contoh kepada semua golongan dengan jiwa yang besar disamping menjelaskan kepada semua pihak akan kebenaran Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh agama kita. Siapa lagi yang nak mempertahankan Islam dan perjuangan baginda Rasulullah SAW kalau bukan kita? Sama-samalah kita menggerakan semangat diri kita, eratkan hubungan sesama islam dan pertahankan perjuangan baginda dengan jihad dan mujahadah diri sebaik mungkin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala lagi dalam Surah Al Anbiyaa' ayat 107 tafsirnya :"Dan tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".

Akhir kalam, bagi pihak Seluruh pimpinan MISG ABIM UK-Eire 2008-2009 mengucap Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW 1429H. Semoga Allah memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam.

Wednesday, March 12, 2008

Amanah di bahu mu


Pagi ini rasa agak terkejut bila membaca berita yang memaparkan bahawa rakan sekampus dulu, pernah berjalan bersama, tertawa bersama, berprogram bersama, dan kami pun pernah berselisih pandangan bersama ketika dikampus dulu ditabalkan sebagai TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG 1..... Asam garam dalam suasana dikampus cukup mengenal hati budi masing-masing dan kadangkala tersingkap dibenak jiwa bahawa tak kusangka akan jadi begini... Namun sekadar melemparkan senyuman dan terucap ' Masya Allah' semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah kepada rakanku ini yang Engkau berikan tanggunjawab besar untuk menguruskan negara.



Sebagai rakan yang bertahun saling bertemu namun medan perjuangan kita barangkali tidak sama dari segi kapalnya namun prinsip dan perjuangan akan kekal sebagaimana yang telah dan pernah kita bincangkan dahulu. Ingat kata-kata Tok Gur/para ulama/cendiakawan bahawa ' Nak lahirkan pemimpin bukan didewan2 dan bilik2 kuliah tetapi pemimpin lahir ditengah2 masyarakat.


Ingatlah bahawa kepimpinan bukanlah 'kebanggaan wahai sahabatku'. Kepimpinan adalah Amanah Allah untuk kau laksanakan bagi memakmurkan bumi ini agar kesejahteraan masyarkat dapat dibela. Teruskan perjuangan. Tanam semangat untuk berjuang tidak kira bangsa dan agama. Kerana segalanya akan ditanya oleh Allah. Kunci ditanganmu. Lakukan demi kebaikan agama bangsa dan negara.


Selamat berjuang. wahai sahabatku YB Fairus Khairuddin.

Tuesday, March 11, 2008

Era Baru Malaysia


Seminggu ini kita baca di dada-dada akhbar berbagai analisa tentang hasil daripada perkembangan politik tanahair. Dan sesungguhnya pelbagai pandangan dilemparkan samada kepada pihak BN dan BA, samada yang menang mahu pun yang kalah. Saya tidak berhasrat untuk memberi komen dan pandangan atas setiap kemenangan dan kekalahan dalam pilihanraya. Namanya pilihanraya ia satu 'peperangan' untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan masa depan bangsa dan negara. Tidak kiralah jika ada orang yang memikirkan samada kuasa itu untuk diri, keluarga atau untuk masyarakat?. Justeru walau apa pun tindakan yang dilakukan jika ianya benar pada pandangan umum, berdasarkan nilai dan etika dalam sesebuah negara maka , kita harus laksanakan. Apa juga sikap yang ditunjukkan oleh parti-parti yang bertanding, matlamat nya adalah untuk MEMBANGUNKAN negara. Melaksanakan matlamat rukunnegara, sejahtera rakyat dan semua bangsa.


Apa yang ingin saya lontarkan disini adalah, semua pihak harus kembali membina kekuatan untuk melaksanakan manifesto yang ditetapkan atau dengan kata lain yang dijaja semasa pilihanraya. Tidak kira BN atau BA, anda harus menterjemahkan manifesto yang diputuskan untuk rakyat. Ini janji anda. Jika ia dapat dilaksanakan barulah keyakinan rakyat kepada kepimpinan akan dijunjung. Jangan sentiasa berkonflik sentiasa, semata2 untuk membalas dendam kepada mana-mana pihak. Pilihanraya tinggal pilihanraya, anda telah dipilih maka inilah masa melaksanakan tanggungjawab kepada negara.


Sebagai anak muda, yang tidaklah begitu arif ilmu dalam soal politik namun meyakini bahawa biarlah kita laksanakan tugas sebagai pimpinan negara dengan tujuan dan niat yang sebenar. Sikap jujur, ikhlas dalam perjuangan, berlaku adil kepada rakyat, mampu untuk bersama rakyat bawahan, mendengar rintihan yang sebenarnya, membantu mereka yang memerlukan..jangan hanya berada didewan, bersyarah untuk melaksanakan tanggungjawab tetapi tidak pernah bersama dengan realiti masyarakat. Justeru kepimpinan rakyat mestilah berada dibenak hati umat. Pimpinan rakyat harus mempunyai jiwa yang cintakan rakyat bukan mengayakan diri dan mereka2 yang sekeliling. Ini adalah ancaman bagi pemimpin yang bergelar YB.


Era baru Malaysia menuntut para pimpinan kembali muhasabah. Kalau Perdana Menteri Malaysia sering menyebut, mereka harus bermuhasabah atas beberapa kelemahan, namun ianya tidak hanya dalam konteks sesebuah parti. Semua individu yang berjaya dan tidak berjaya harus bermuhasabah. Malaysia memerlukan pemimpin yang ikhlas dalam berjuang. Oleh yang demikian, mari kita junjung segala kekuatan, memelihara kesejahteraan bangsa, negara dan agama, mengelakkan ketegangan, menjunjung nilai murni dan melahirkan generasi yang mampu meneruskan kecemerlangan negara masa akan datang.


Kekuatan ini harus ini harus diterjemah bagi memastikan Era baru Malaysia akan tercapai.

Sunday, March 9, 2008

Laksanakan tugas anda YB!!!


Petang sehingga malam 8 Mac adalah hari yang cukup mendebarkan seluruh rakyat malaysia bila mana kita menanti keputusan penuh PRU12 Malaysia. Keputusan sekarang telah pun keluar, semua pihak ada yang gembira, ada yang sedih dan bermacam lagi. Walau bagaimana pun sebagai rakyat Malaysia yang merdeka saya melihat ianya dengan beberapa penelitian dan pembacaan. Pertama, ini sebagai satu petanda yang cukup memeranjatkan khususnya pihakBN dimana buat pertama kali hilang 5 negeri dan hilang 2/3 majoriti. Sebagai parti yagn telah lama 'berkuasa' dan sememangya disaat akhir sebelum pilihanraya agak 'over' confiden dengan mood pilihanraya akhirnya selesa dengan kemenangan kecil walaupun berjaya membentuk kerajaan. APa yang harus kita teliti adalah, barangkali ada sesuatu petanda yang harus dinilai, rakyat sudah semakin berani untuk membuat keputusan. Walau pun saya percaya pihak pemerintah pastinya tidak akan mengakui akan kekuatan pihak lawan tetapi itu juga harus dinilai bahawa rakyat dan masyarakat abad 21 ini sudah semakin terbuka. Tidak lagi seperti 5o tahun dahulu boleh melihat sesuatu perkara hanya melalui media2 perdana negara. Tetapi upaya berfikir dan sikap berani melakukan perubahan. Walaupun begitu saya percaya undi besar telah diberikan oleh golongan muda/ young voters terhadap pembangkang dalam pilihandaraya kali ini. Golongan muda hari ni sudah semakin bosan dengan unsur dan kempen2 yang semakin lama, ada terdapat pemimpin politik yang dikekalkan terlalu lama, pemikiran dan gaya kepimpinan tidak ubah walaupun telah lama . Ini adalah sebahagian daripada respon sebilangan kecil golongan muda terhadap keputusan PRu12. Sebab itu kita lihat hampir beberapa tokoh besar BN telah tumbang. Fikirkan barangkali ada kewajarannya jika kepimpinan terlalu lama, gaya memimpin sudah tidak relevan, sentuhan keepmimpinan sudah tidak sesuai dengan zamannya maka akibatnya tersungkur dengan terhormatnya.


Keduanya, pihak pembangkang yang mula semakin melebarkan pengaruh kawasannya, dibeberapa negeri nampak sesuatu yagn memeranjatkan. Sebab itu bila PM memberi 'warning' kepada rakyat agar jangan bermain eksperimen dalam soal pilihanraya nampaknya tidak dihiraukan oleh pengundi. Beberapa tempat yang memang jadi kubu kuat BN tumbang ditangan pembangkang yagn sebilanganya adalah calon2 baru. Apa yang harus dinilai disini adalah bagaimana pengaruh pemimpin baru yang masih tidak mempunyai sebarang kontroversi memain peranan atasi pemilihan sesuatu pengundian. Kita tidak menolak bagaiman pembangkang yang begitu kuat melebarkan kempen ke pada masyarakat, kerana mereka tidak mendapat ruang dimedia perdana. Tetapi jika itu diberi pastinya keseimbangan dalam menentukan pilihanraya pastinya akan dpat diangkat.


Dalam menilai kemenangan pilihanraya dan kekalahan ini, saya tidak sekadar melihat itu suatu yagn besar, yagn penting adalah bagaimana setiap kepimpinan tidak kira BN atau BA, mereka harus jelas bahawa pemilihan adalah untuk rakyat. Pemimpin untuk rakyat. Jangan nanti yang menang lupakan tanggunjawab bila sudah memakai kereta besar, berduit banyak dan berpengaruh berbagai2. Suara hati rakyat, keseimbangan ekonomi, kebajikan rakyat keseluruhan harus diutamakan. Bagaimana pemimpin yang telah dilantik sanggup ketawa dan menagis bersama rakyat untuk membangunkan maruah bangsa dan negara. jangan nanti tukar BN ke BA, atau BA ke BN...yang tinggal janji pilihanraya. Percaya lah wahai para YB YB sekelian, anda akan dipertanggungjawab dihadapan Allah nanti atas tugas anda nanti. jangan nanti rakyat akan menuntut hak mereka dihadapan Allah . Oleh itu laksanakan tugas anda.


Selamat berjaya kepada semua para YB.

Monday, February 25, 2008

Ke Arah Politik Baru




8 Mac 2008 akan menjadi satu sejarah lagi bagi seluruh rakyat Malaysia apabila semua warga keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan bagi lima tahun akan datang. Walau apa pun dasar dan matlamat yang hendak dilaksanaka yang penting adalah masa depan rakyat dan bangsa Malaysia yang harus menjadi keutamaan untuk dijunjung. Bagi parti politik yang akan memulakan perang pilihanraya sepanjang 13 hari akan datang, haruslah lebih bertanggungjawab dalam seluruh janji dan harapan yang ditabur kepada rakyat Malaysia. Daripada pelbagai manifesto dan harapan pilihanraya , semua pemimpin parti politik tidak harus memandang pilihanraya hanya sekadar untuk menang tetapi tidak mempunyai matlamat untuk rakyat bawahan yang sememangnya harus diambil peduli. Dasar dan panduan dalam melaksanakan pilihanraya harus dipatuhi oleh semua pihak. Dan apa yang lebih penting adalah sikap bertanggungjawab semua pihak dalam melaksanakan misi dan matlamat pilihanraya bagi meneruskan pembangunan negara demi masa depan yang lebih sejahtera.

Kepada bakal pemimpin politik masa akan datang, harus lah lebih sedar akan tanggungjawab anda. Bagi khusus untuk umat Islam, kepimpinan adalah amanah Allah swt. Ia bukan satu kebanggaan yang hendak dibina dan dijaja. Memang kita dibenar untuk menawar diri dalam kepimpinan sebagaimana dalam sejarah Islam, Nabi Yusof menawar diri menjadi menteri dalam kerajaan pada zamannya. Tetapi kita harus sedar bahawa menawar diri bertanding tidaklah semudah itu. Kita harus melihat diri kita, akhlak dan sahsiah kita, nilai contoh kepada umat dan negara disamping kemampuan kita untuk membantu rakyat bawahan, menggagaskan dasar ekonomi dan politik serta sosial dan mampu membangunkan masa depan negara. Harapan yang kita bawa untuk rakyat dan ummah tidak harus dikesamping kan walau sedikit tatkala kemenangan yang akan kita kecapi selepas ini.

Harapan kita bersama, janganlah pilihanraya ini menjadi medan memupuk perasaan benci membenci sesama kita walau daripada pelbagai parti politik dan pemahaman. Masing-masing mempunyai agenda yang hendak dibawa untuk negara. Oleh yang demikian kekuatan dalam melaksanakan kemakmuran negara, mematuhi peraturan dan mengelak sebarang penipuan, kezaliman dan penindasan harus diketepi dalam proses demokrasi dalam negara.

Selamat melaksana tanggungjawab kepada negara.

Sunday, February 24, 2008

Pilihanraya vs Pilihansaya


Nampaknya suasana di Malaysia begitu menarik lagi agaknya bila saat yang cukup getir dinanti sepanjang 4-5 tahun sekali bila pilihanraya diadakan bagi memilih kerajaan yang bakal meneruskan agenda negara tercinta. Tarikh 8 Mac yang semakin hampir nampak bagitu bermakna bagi seluruh rakyat malaysia untuk memilih pemimpin mereka diseluruh kawasan DUN dan Parlimen. Bermacam ragam manusia yang dapat dilihat samada yang manis, pahit dan tak kurang juga ada yang begitu membimbangkan. Apa pun lumrah dalam politik masing-masing menjual kualiti pemimpin masing-masing serta menonjol hasrat kepimpinan mereka. Yang penting jaga diri, kurangkan sikap menghina orang lain dan jadikan medan pilihanraya sebagaia peperangan yang penuh dengan strategi dan merangka perancangan pembangunan untuk rakyat bukan untuk satu dua kelompok masyarakat.


Kepada mereka yang nak memimpin, ingatlah dalam pilihanraya berbagai janji ditabur, berbagai harapan disebar kepada rakyat, pastikan apa yang anda katakan adalah satu janji anda bukan sahaja kepada rakyat tetapi janji anda kepada Allah SWT. Anda akan ditanya oeh Allah nanti apa yang anda janjikan kepada rakyat ketika anda dipilih oleh Nya sebagai wakil rakyat. Jangan tatkala pilihanraya anda begitu prihati dengan ummat tapi bila tamat pilihanraya andalah yang paling kurang bersama umat dan masyarakat, hari demi hari mengayakan diri dan kelompok anda dan tidak mengira kesusahana orang lain yang mungkin bersebelahan dengan rumah dan kampong anda. Jangan setelah menang pilihanraya anda mula lupa dengan umat dan wajah orang yang mengundi anda. Bila rakyat datang meminta pertolongan anda mula hilang dari wajah umat. Tidak seperti mana dahulu ketika menagih undi anda sanggup makan bersama, turun kelapangan, janji itu, janji ini semata2 untuk menang pilihanraya. ( ini pengalaman penulis untuk tatapan warga bakal YB).


Bagi umat Islam khususnya, anda pasti terfikir anda nak undi siapa? yang mana terbaik buat anda setelah anda diberi pelbagai maklumat tentang masa depan negara dan bangsa anda. Penulis sekadar inign mengulang tulisan Ustaz Hasrizal Jami tentang siapa yang anda ingin pilih. Tulisan yang begitu jujur dan begitu tajam mengajak kita berfikri tanggungjawab kita untuk masa depan umat bukan sekadar melepaskan tanggungjawab memangkah sesiapa tatapi akhirnya anda sendiri nanti yang akan menyesal...ikuti tulisan beliau..mudah mudahan ada manfaatnya..




Selamat mengundi..Moga Malaysia akan berada dalam era perubahan demi kejayaan yang lebih cemerlang dunia dan akhirat.

Pilihan raya Malaysia 2008

Kini semakin hangatlah orang-orang di malaysia untuk menunaikan tanggungjawab dalam pilihanraya kali ini. Apa yang diharapkan segala usaha dan pilihan yang dilakukan adalah semata-mta untuk mendapat barakah ALlah untuk berkhidmat kepada bangsa, agama dan tanahair.

Kepada sahabat dan rakan di malaysia yang menjadi calon dan penyokong parti politik, biarlah usaha anda itu semata-mata untuk melakasana tugas di dunia demi agama tercinta. Janganlah disandarkan kepada material semata-mata, jawatan dan pangkat yang dipinta.

Semoga selepas pilihanraya biarlah ada perubahan dari segi sosio poltik dan ekonomi dan sosial. jangalah ianya sama sahaja seperti sebelum pilihanraya. Berubahlah demi masa depan bangsa, agama dan negara.

Selamat mengundi!!!!!

Program Rekreasi Ilmu 2008


Saturday, January 19, 2008

Generasi Muda Hijrah


Menilai Jatidiri Pendukung Dakwah

Generasi Muda adalah aset masa depan bangsa. Ummah amat memerlukan golongan yang benar-benar memahami akan aspirasi dan halatuju Islam dengan meletakkan awlawiyyat dan hadaf yang sebenar berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Kesedaran dalam melaksanakan dakwah memerlukan pemahaman yang jelas tanpa menjadikan ianya satu perkara yang tidak baik. Usaha dakwah dikalangan generasi muda mesti diperkasa. Ini kerana zaman dan era kini tentangan golongan sekularis dan zionis telah semakin membara dengan meletakkan Islam sebagai sasaran dan laibiliti kepada umat. Setiap masa Islam dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat. Golongan muda dihidang dengan hiburan dan hedonisme keterlaluan yang menyebabkan pemikiran menjadi beku dan tidak bermaya. Momokkan ini kadangkala bukan sahaja daripada golongan penentang Islam malah wujud juga dikalangan Muslim yang masih ragu-ragu dengan Islam. Inilah cabaran yang harus kita hadapi pada zaman mendatang.

2007 telah berlalu dengan pelbagai ragam umat. Generasi muda harus kembali mengisi watak diri agar tidak mudah dihanyut dengan peredaran yang tidak bermanfaat. Ingatlah bahawa Islam meletakkan kualiti aqliah sebagai satu bentuk usaha baru membina jatidiri agar tidak mudah dipengaruhi dengan unsure-unsur yang tidak berfaedah. Golongan yang sentiasa mengancam umat islam tidak akan mudah mendiamkan diri. Mereka merancang siang dan malam untuk merosakkan jatidiri umat islam. Jangan kita mudah leka. Kelemahan kita akan mudah digunakan untuk menghancurkan. Idealisme perjuangan Islam mesti didaulatkan. Kita jangan mudah alpa dengan gendang barat yang sentiasa memainkan semboyang menghancurkan kita. Jangan sampai umat Islam merasa mereka seolah berperanan tetapi hakikatnya di atas rentak dan panduan barat.

Golongan muda hari ini harus tampil menilai jatidiri bersama. Meletakkan azam baru satu kemestian. 2008 yang menjelma harus dilihat suatu cabaran. Walaupun tahun baru Masihi tidaklah sama dengan tahun hijrah namun usaha memuhasabah diri harus dilakukan pada bila-bila masa. Keazaman memperkasa kualiti dakwah hendaklah dimainkan oleh semua golongan agar Islam yang kita bawa pada hari ini akan dapat dinobatkan sebagai satu wadah yang membina umat atas prinsip Wataawanu alal Birri wat taqwa.

Renungan Hijrah 1429

Mula semangat hijrah dengan sikap tawaduk

Tahun Hijrah Islam sekali lagi menjelma dengan bermulanya 1429. Tahun yang bakal penuh dengan cabaran ini disambut dengan rasa tawaduk dan syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmatNya selama ini. Seperti mana tahun-tahun baru sebelum ini , kita mulakan dengan lafaz Bismillah dan Tasyakkur ke HadratNya kerana kita masih lagi dizinkan untuk menerus usaha-usaha dakwah disamping menjalankan tugasan harian sebagai anak, ibu, bapa ,pendidik, pelajar, pekerja amnya dan sebagai umat Islam khasnya. Namun sebagai muslim yang memahami akan kepentingan hidup sebagai satu Ibadah, seharusnya kita lebih lagi mendalami perspektif sambutan Tahun baru ini. Sambutan tahun baru dalam Islam bukan sahaja satu sambutan yang bersifat bermegah dan bergembira semata-mata tetapi kita harus sandarkan kepada konsep hisab diri , merenung akan kelemahan, kekurangan yang telah kita lakukan sebelum ini dan menginsafinya. Dalam pada erti tahun baru juga membwa makna mencetuskan rasa ingin berubah dari satu kekurangan kepada satu kekuatan yang baru. Apabila kelemahan dikenalpasti maka disitulah datangnya perasaan untuk memperbaiki. Namun tidak semua merasai akan kelemahan. Ada juga perspektif lain daripada kelemahan. Kerana tidak semua orang akan merasai kelemahan dalam diri. Justeru, erti hijrah tahun baru juga boleh diungkap dari erti kata menambah baik serta meningkatkan sesuatu usaha ke arah terbaik. Menghitung diri dan muhasabah yang juga satu amalan para anbiya, mursalin adalah satu perkara yang cukup penting yang harus dijadikan budaya dalam hidup semua manusia. Ungkapan mengihitung diri selaras dengan semangat MUHASABAH.


Erti Muhasabah

Muhasabah dalam erti kata sebenarnya adalah proses menghitung diri, menilai amalan, tindakan sebelum ini dan ianya memberi satu perspektif yang cukup mendalam. Menghitung setiap tindakan kita selama ini, sejauh mana kita telah melaksanakan amanah sebagai hamba Allah SWT. Apakah kita telah benar-benar melaksanakannya mengikut lunas dan etika Islam. Sejauhmanakah tugas kita sebagai manusia yang dilahirkan oleh Allah untuk melaksanakan tugas benar-benar tercapai atau sebaliknya. Oleh sebab itu dalam menyambut Tahun baru hijrah pada kali ini kita mulai dengan menghisab diri samada tugas kita selama setahun sebelum ini atau tahun-tahun sebelumnya telah kita lakukan demi menjalankan amanah sebagai khalifah Allah dan sebagai hambanya yang beriman.


Mari kita renung firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud,

”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Mari kita mulai tahun baru ini dengan merenung ingatan Allah SWT daripada intipati ayat di atas ini yang memberi satu nafas baru kepada kita sebagai insan yang bergelar manusia. Sesungguhnya manusia yang berjaya di sisiNya adalah mereka yang sentiasa menjaga masa dengan amalan yang diredhai oleh Allah . Mereka yang beriman dan beramal soleh adalah orang-orang yang sentiasa berada di sisi Allah dan syarat bagi yang beriman itu haruslah mereka yang berpegang kepada dua prinsip iaitu berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran . Kedua-dua konsep ini boleh dijadikan panduan kita untuk menjana kefahaman bagaimana untuk kita memimpin diri bagi meneruskan tahun mendatang. Sudah pasti kita semai budaya murni yang digariskan oleh Islam seperti amalan nasihat menasihati, berkata benar dalam setiap tindakan, merancang setiap usaha dengan garis panduan syarak, memastikan cara dan bentuk tindakan selari dengan panduan islam. Bahkan segala urusan seharian kita haruslah dipastikan ianya benar-benar suci daripada segala kecelaruan dan keburukan.

Hijrah dengan kebenaran

Tahun baru 1429 hijrah menuntut kita untuk menghisab diri dimana kita sekarang. Insan beriman yang kuat dan diangkat martabatnya adalah mereka yang sentiasa melaksanakan tugas dengan tanggungjawab dan kebenaran. Jiwa para daie harus disemai dengan faham Islami secara jujur dan tidak berpaling daripada kebenaran. Saling ingat mengingati diantara satu sama lain secara penuh jujur demi meraih Mardhatillah. Kita mulai tahun baru ini dengan menanamkan semangat menyampaikan sesuatu yang baik dengan penuh kebenaran. Kebenaran yang hakiki itu kadangkala menuntut kita bersikap yakin dan berani dalam setiap hal. Kadangkala yang benar itu sentiasa didorong dengan sikap takut dan jumud. Tidak berani untuk menyatakan yang hak. Tetapi sebaliknya membiarkan yang batil itu berleluasa. Justeru menyampaikan dan saling ingat mengingati sesama insan dengan semangat kebenaran harus dijadikan sandaran jika kita ingin meneruskan hidup yang berkat sepanjang tahun 1429 H.

Orang beriman menurut inti surat al-Asr, boleh difahami dalam erti kata kita saling ingat mengingati sesama insan setiap hari atas prinsip kebenaran. ”Berkatalah benar sekalipun pahit”. Ungkapan besar ini adalah satu semangat yang ditanam oleh islam kepada kita bilamana kita berhadapan dalam setiap sesuatu. Namun kata-kata yang benar yang hendak kita lafazkan haruslah berprinsip dan beretika. Namun hakikit inilah yang harus kita lakukan. Tanggungjawab kita mulai sekarang dengan semangat tahun baru hijrah ini adalah sentiasa mendidik diri saling berkata benar dalam setiap keadaan. Kita saling ingat mengingati untuk diri dan orang lain juga atas prinsip kebenaran. Maka jika imbal balik antara jiwa benar kita dituai maka harapan untuk mencapai hakikat kebenaran dalam masyarakat boleh tercapai.

Sabar dalam dakwah inti makna hijrah

Umat yang kuat dan berkualiti tidak akan mampu meneruskan semangat dakwahnya jika kita mempunyai sifat tamak dan gelojoh dalam melaksanakan tugas. Jiwa yang sentiasa membuta tuli dan semborono tidak memungkingkan semangat dakwah dapat dilaksanakan secara menyeluruh jika semangat sabar dan pro aktif dalam berdakwah tidak dilakukan. Justeru semangat menyemai jiwa sabar menurut Islam harus dijadikan sandaran kita untuk berjaya dalam hidup. Kesabaran tidak akan berjaya dipertahan jika tidak dengan ilmu. Mana mungkin seorang boleh bersabar jika tidak dengan ilmu. Kesabaran para anbiya sebelum ini melaksanakan misi risalah islam adalah atas dasar ilmu dan kebenaran. Oleh yang demikian semangat hijrah pada tahun ini harus kita semai dengan ilmu dan hakikat kebenaran. Sentiasa mengingati para sahabat kita dengan kesabaran dalam melakukan sesuatu tindakan adalah satu usaha yang cukup murni jika kita bersedia melahirkan duat yang berjaya. Kejayaaan tidak akan mampu dicipta jika pendakwah yang lahir adalah dikalangan mereka tidak sabar.

Sabar bukan bererti defensive. Bila berlaku sesuatu dihadapan kita maka terpacul dari mulut kita..sabar. Sabar dalam Islam ertinya lebih luas. Memahami sesuatu dan mencari jalan bagaimana untuk menghadapinya. Dalam erti kata lain pro-aktif. Sesuatu perkata berlaku maka seorang daie harus sabar dan lebih pro-aktif untuk menghadapi dengan penuh hikmah. Kesabaran yang murni itu tersemai bila jiwa kita bersih daripada sifat ujub, dengki khianat kepada orang lain.

Dalam suasana hijrah ini bagaimana kita hendak semai budaya sabar dalam diri kita. Menurut ayat di atas, kita berpesan dengan kesabaran boleh juga difahami dengan melatakan tindakan nasihat dan menasihat diri kita utamanya dan orang lain dengan penuh kesabaran. Kerana untuk menasihati orang lain bukanlah satu yang mudah. Tidak semua manusia sedia menerima nasihat orang lain. Tidak semua manusia mampu menundukan keegoannya bilamana diberi teguran oleh orang lain. Maka bila kita mempunyai sifat sabar yang tinggi maka kita bisa menghadapi sebarang tindakan yang bakal dihadapi jika orang yang kita nasihat bersifat negatif. Maka dengan itulah budaya ingat mengingati akan tersemai. Dan mereka yang sabar dalam tindakan akan terus segar dan sedia meneruskan usaha pada bila-bila masa demi menegakkan kebenaran dalam agamanya. Hijrahkan lah diri kita dengan sifat sabar. Renunglah ayat di atas untuk menarik perhatian dan mata hati untuk kembali meneguhkan Iman dan taqwa kita agar ianya sentiasa segar walau dimana kita berada.


Marilah kita sama-sama renung kembali semangat hijrah dengan mata hati kita. Pemahaman dan jiwa yang luhur terhadap tanggungjawab sebagai insan yang dijadikan oleh Allah harus kita martabatkan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain. Kejayaan yang kita ukir sepanjang hidup tidak harus kita raikan sendiri malah ianya mesti diraikan bersama dengan orang lain. Kita mulai semangat hijrah 1429 ini dengan jiwa tawaduk, berusaha mempertingkatkan kualiti diri untuk mendapat keredhaan Allah SWT.