Monday, February 25, 2008

Ke Arah Politik Baru




8 Mac 2008 akan menjadi satu sejarah lagi bagi seluruh rakyat Malaysia apabila semua warga keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan bagi lima tahun akan datang. Walau apa pun dasar dan matlamat yang hendak dilaksanaka yang penting adalah masa depan rakyat dan bangsa Malaysia yang harus menjadi keutamaan untuk dijunjung. Bagi parti politik yang akan memulakan perang pilihanraya sepanjang 13 hari akan datang, haruslah lebih bertanggungjawab dalam seluruh janji dan harapan yang ditabur kepada rakyat Malaysia. Daripada pelbagai manifesto dan harapan pilihanraya , semua pemimpin parti politik tidak harus memandang pilihanraya hanya sekadar untuk menang tetapi tidak mempunyai matlamat untuk rakyat bawahan yang sememangnya harus diambil peduli. Dasar dan panduan dalam melaksanakan pilihanraya harus dipatuhi oleh semua pihak. Dan apa yang lebih penting adalah sikap bertanggungjawab semua pihak dalam melaksanakan misi dan matlamat pilihanraya bagi meneruskan pembangunan negara demi masa depan yang lebih sejahtera.

Kepada bakal pemimpin politik masa akan datang, harus lah lebih sedar akan tanggungjawab anda. Bagi khusus untuk umat Islam, kepimpinan adalah amanah Allah swt. Ia bukan satu kebanggaan yang hendak dibina dan dijaja. Memang kita dibenar untuk menawar diri dalam kepimpinan sebagaimana dalam sejarah Islam, Nabi Yusof menawar diri menjadi menteri dalam kerajaan pada zamannya. Tetapi kita harus sedar bahawa menawar diri bertanding tidaklah semudah itu. Kita harus melihat diri kita, akhlak dan sahsiah kita, nilai contoh kepada umat dan negara disamping kemampuan kita untuk membantu rakyat bawahan, menggagaskan dasar ekonomi dan politik serta sosial dan mampu membangunkan masa depan negara. Harapan yang kita bawa untuk rakyat dan ummah tidak harus dikesamping kan walau sedikit tatkala kemenangan yang akan kita kecapi selepas ini.

Harapan kita bersama, janganlah pilihanraya ini menjadi medan memupuk perasaan benci membenci sesama kita walau daripada pelbagai parti politik dan pemahaman. Masing-masing mempunyai agenda yang hendak dibawa untuk negara. Oleh yang demikian kekuatan dalam melaksanakan kemakmuran negara, mematuhi peraturan dan mengelak sebarang penipuan, kezaliman dan penindasan harus diketepi dalam proses demokrasi dalam negara.

Selamat melaksana tanggungjawab kepada negara.

Sunday, February 24, 2008

Pilihanraya vs Pilihansaya


Nampaknya suasana di Malaysia begitu menarik lagi agaknya bila saat yang cukup getir dinanti sepanjang 4-5 tahun sekali bila pilihanraya diadakan bagi memilih kerajaan yang bakal meneruskan agenda negara tercinta. Tarikh 8 Mac yang semakin hampir nampak bagitu bermakna bagi seluruh rakyat malaysia untuk memilih pemimpin mereka diseluruh kawasan DUN dan Parlimen. Bermacam ragam manusia yang dapat dilihat samada yang manis, pahit dan tak kurang juga ada yang begitu membimbangkan. Apa pun lumrah dalam politik masing-masing menjual kualiti pemimpin masing-masing serta menonjol hasrat kepimpinan mereka. Yang penting jaga diri, kurangkan sikap menghina orang lain dan jadikan medan pilihanraya sebagaia peperangan yang penuh dengan strategi dan merangka perancangan pembangunan untuk rakyat bukan untuk satu dua kelompok masyarakat.


Kepada mereka yang nak memimpin, ingatlah dalam pilihanraya berbagai janji ditabur, berbagai harapan disebar kepada rakyat, pastikan apa yang anda katakan adalah satu janji anda bukan sahaja kepada rakyat tetapi janji anda kepada Allah SWT. Anda akan ditanya oeh Allah nanti apa yang anda janjikan kepada rakyat ketika anda dipilih oleh Nya sebagai wakil rakyat. Jangan tatkala pilihanraya anda begitu prihati dengan ummat tapi bila tamat pilihanraya andalah yang paling kurang bersama umat dan masyarakat, hari demi hari mengayakan diri dan kelompok anda dan tidak mengira kesusahana orang lain yang mungkin bersebelahan dengan rumah dan kampong anda. Jangan setelah menang pilihanraya anda mula lupa dengan umat dan wajah orang yang mengundi anda. Bila rakyat datang meminta pertolongan anda mula hilang dari wajah umat. Tidak seperti mana dahulu ketika menagih undi anda sanggup makan bersama, turun kelapangan, janji itu, janji ini semata2 untuk menang pilihanraya. ( ini pengalaman penulis untuk tatapan warga bakal YB).


Bagi umat Islam khususnya, anda pasti terfikir anda nak undi siapa? yang mana terbaik buat anda setelah anda diberi pelbagai maklumat tentang masa depan negara dan bangsa anda. Penulis sekadar inign mengulang tulisan Ustaz Hasrizal Jami tentang siapa yang anda ingin pilih. Tulisan yang begitu jujur dan begitu tajam mengajak kita berfikri tanggungjawab kita untuk masa depan umat bukan sekadar melepaskan tanggungjawab memangkah sesiapa tatapi akhirnya anda sendiri nanti yang akan menyesal...ikuti tulisan beliau..mudah mudahan ada manfaatnya..




Selamat mengundi..Moga Malaysia akan berada dalam era perubahan demi kejayaan yang lebih cemerlang dunia dan akhirat.

Pilihan raya Malaysia 2008

Kini semakin hangatlah orang-orang di malaysia untuk menunaikan tanggungjawab dalam pilihanraya kali ini. Apa yang diharapkan segala usaha dan pilihan yang dilakukan adalah semata-mta untuk mendapat barakah ALlah untuk berkhidmat kepada bangsa, agama dan tanahair.

Kepada sahabat dan rakan di malaysia yang menjadi calon dan penyokong parti politik, biarlah usaha anda itu semata-mata untuk melakasana tugas di dunia demi agama tercinta. Janganlah disandarkan kepada material semata-mata, jawatan dan pangkat yang dipinta.

Semoga selepas pilihanraya biarlah ada perubahan dari segi sosio poltik dan ekonomi dan sosial. jangalah ianya sama sahaja seperti sebelum pilihanraya. Berubahlah demi masa depan bangsa, agama dan negara.

Selamat mengundi!!!!!

Program Rekreasi Ilmu 2008