Thursday, August 16, 2007

18 Ogos 2004 yang tidak dapat kulupakan


Menjadi seorang bapa bukanlah mudah sebenarnya. Komitmen, kesabaran dan ilmu perlu untuk memastikan kita tidak mudah kalah dengan cabaran rumahtangga. Apa-apa pun sudah tentu ramai daripada sahabat dan rakan diluar sana yang telah melaluinya cabaran ketika saat getir mahu menimang cahaya mata. Aku pun ada lah sedikit pengalaman yang tak akan dilupakan kerana anakanda kami yang kedua, di rumah digelar Angah atau nama dia Hanis naqeebah dilahirkan tidak sempat dibilik bersalin hospital putrajaya. Jam 3.25 pagi kalau tak silap aku ketika aku menekan minyak kereta hampir 120km/hr untuk membawa isteri kehospital ketika itu juga isteri tengah sakit kuat nak bersalin, kami nampak objek seperti 'anak kucing' dikaki isteri...tanpa suara tapi bergerak-gerak. Sebagai suami aku hanya mampu membaca selawat nabi dan membaca doa-doa yang teringat semasa dalam kereta mengharapkan agar isteri selamat melahirkan anak kami. Tahu sahajalah perasaan berbaur gementar takut dan macam-mcam lagi...tapi alhamdulillah sempat sampai ke hospital 5 minit selepas itu.
Tapi berkat doa keluarga alhamdulillah...anak kami yang sekarang ini dah pun berusia 3 tahun dengan muka comel dan perangai yang jugak pening saya dibuatnya, banyak celoteh, banyak soalan dan kadang-kadang mencabar ilmu dan kesabaran saya. Anak-anak sekarang semakin canggih. Hanis ni agak unik sikit, perangai sape aku tak pasti, kadang-kadang banyak persoalan yang bakal mengejutkan sesiapa yang mengenalinya. Tapi alhamdulillah kalau ditanya 'Angah dah besar nak jadi apa...dia pasti akan jawab, jadi doktor pakar'. Pakar apa tanyakan dia...pakar perut katanya...Amin. Mudah mudahan anak aku seorang ini bakal mewarnai dunia kedoktoran pada masa akan datang. Bolehlah tengokkan 'perut babah dia ni asyik sakit-sakit je....masa dah tua nanti....ehheee

Apa pun pengalaman melahirkan anak di dalam kereta memang kami tak lupakan . Apa pun tak pula dalam surat beranak tu tulis lahir dimana? patut tulislah...tapi hospital putrajaya juga dapat nama (gurau sahaja).


Moga Allah memanjang umur dan merahmati anak kami Hanis Naqeebah. Sayang daripada Babah dan ummi

No comments: