Wednesday, August 15, 2007

'' Masa Sihat sebelum datang Masa Sakit'

Alhamdulillah bulan demi bulan telah meninggalkan kita semua. Dan sekarang kita dibulan ogos 2007 bersamaan bulan Syaaban 1428hijrah. Masa yang berlalu seumpama satu roda yang begitu laju dan pantas sehinggakan kita rasa macam sekelip mata. Umur pun dah makin meningkat, anak-anak pun dah semakin membesar. Cabaran pun semakin bertambah. Kadangkala bila dikenang kan tentang perkara ini, teringat hadith yang begitu popular : Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara, antara yang paling memberi kesan dalam hidup ini adalah masa sihat sebelum datang masa sakit.

Alhamdulillah , waktu aku bertugas di KBMC 2 tahun lalu , itulah antara bekalan yang menjadi kekuatan pada diri. Hari-hari melihat orang sakit dengan pelbagai jenis ujian Allah, namun bila lihat diri ini Allah masih berikan kesihatan. Syukur alhamdulillah. Tapi itu pun tak cukup kerana kesyukuran tidak hanya dapat dibuktikan hanya dengan kata-kata. Kadang-kadang syukur itu perlu dibuktikan dengan perbuatan. Jadi kita buatlah kerja-kerja yang dapat membantu orang lain agar mendekatkan diri dengan Allah.

Sekarang, bila sehari demi sehari badan semakin rasa sakit, letih, lemah, batuk-batuk, minda ini sentiasa terfikir apakah aku tidak mensyukuri nikmat sihat dulu. Atau inilah giliran aku pula untuk merasai ujian Allah setelah diberi kesihatan sebelum ini? Masya Allah memang benar kata pepatah bila sedang sihat kadang-kadang kita lupa akan tuhan. Beberapa hari lalu aku bersama isteri menuju ke hospital bila batuk-batuk yang agak berpanjangan. Sepanjang jalan minda ini memikirkan betapa sedih dan insaf , mungkin kerana aku tidak menjaga kesihatan, atau mungkinkah ini 'hadiah' daripada Allah pada aku...Tapi apa-apa pun segala nya dipersiap untuk menerima segala ketentuan Allah. Yang penting tugas sebagai Hamba Mu ya Allah akan diteruskan.

No comments: