Tuesday, April 29, 2008

Terkenang


Entah macam mana hari ini boleh terkenang pula zaman sekolah menengah dahulu di Kuala Kangsar. Bila dah tinggalkan bertahun-tahun terasa begitu manis dan pahit kenangan semasa mula mengenal hidup. Itulah istilah yang hanya mampu diungkap apabila sebut sahaja zaman sekolah menengah di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.
Disinilah diri ini mengetahui akan kesusahan, mengenal erti susah, pengorbanan, dakwah, jatidiri, dan macam2 lagi. Itulah takdir Allah mencampak aku ke sekolah ini yang menjadikan aku seperti hari ini. (Bukanlah baik sangat). Tetapi yakin dan syukur atas segala ketentuannya.
Semoga sesiapa yagn membaca blog ini dapat menghubungi agar dapat kita menjalin ukhuwwah kembali untuk masa depan islam. Apa sumbangan kita kepada sekolah kita dan anak2 generasi akan datang.

3 comments:

. said...

saya percaya saudara telah menjalani pengalaman kehidupan yang panjang. semoga ia bermanfaat kepada perjuangan saudara dan mendapat keberkatan allah s.w.t. itu doa ikhlas saya untuk saudara sekeluarga.

joegrimjow said...

baru tahu ustaz ada blog

Unknown said...

Assalam,
Ust. Hasri...tetiba teringat kawan lama...aku google cari...jumpa yg nie...klu teringat kawan2 kat trolak nie balik2 la kg..dulu2 slalu tanya mak ko pasal ko...aku, Dom, Baim, Arman...kalo ko ingat lagi la..hehehe...

Khairul Azli Bin Khairudin
Felda Trolak Selatan...