Thursday, December 6, 2007

Sekolah Melayu Sheffield


Tahun baru bagi sesi 2007 telah bermula. Setelah sekolah ditutup semenjak hari raya lalu, kini telah dibuka. Saya masih diberi tanggungjawab oleh pihak pengurusan sekolah melayu untuk mengajar subjek Fardhu Ain kepada anak-anak melayu disheffield ini. Walaupun ianya bukanlah perkara susah tetapi memerlukan persediaan yang rapi juga kerana kali ini saya berhadapan dengan anak-anak berusia dari 5- 12 tahun. Seusia ini kita harus pandai bagaimana untuk mendapatkan perhatian mereka untuk memahami tentang asas islam dan kepentingan dalam hidup.


MInggu pertama dalam kelas tersebut , terasa begitu berat kerana bila dimulakan muhasabah diri bersama anak-anak melayu sheffield apa yang mereka faham tentang makna fardhu ain dan apakah yang mereka tahu tentang islam . Ternyata harapan saya meleset. Mereka memerlukan penjelasan yang betul2 asas tentang diri dan kepentingan hidup beragama. Inilah antara cabaran saya ketika di sheffield ini. Selain diberi tanggungjawab dalam kepemimpinan persatuan , dalam masa yang sama juga diberi tanggungjawab mendidik anak bangsa untuk memahami islam dan perkara asas dalam fardu ain. Ini penting demi masa anak2 kita setelah mereka dewasa nanti. Almaklum ketika beberapa tahun di sini , masa untuk mempelajari agama secara formal amat terhad jika dibandingkan dengan keadaan kita di negara sendiri. Namun usaha tetap diteruskan. Sekurang2 nya harapan saya agar mereka tidak kekok dan memahami secara asas tentang solat, ibadah2 yang utama disamping perkara berkaitan dengan akidah dalam hidup mereka.


Doa saya juga moga ini adalah salah satu sumbangan demi membantu umat dan masyarakat serta bangsaku untuk islam. Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hidup di sini. Amin
( gambar di atas ehsan daripada program khemah ibadah yang saya anjurkan untuk anak-anak melayu sheffield september lalu)

No comments: