Tuesday, March 11, 2008

Era Baru Malaysia


Seminggu ini kita baca di dada-dada akhbar berbagai analisa tentang hasil daripada perkembangan politik tanahair. Dan sesungguhnya pelbagai pandangan dilemparkan samada kepada pihak BN dan BA, samada yang menang mahu pun yang kalah. Saya tidak berhasrat untuk memberi komen dan pandangan atas setiap kemenangan dan kekalahan dalam pilihanraya. Namanya pilihanraya ia satu 'peperangan' untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan masa depan bangsa dan negara. Tidak kiralah jika ada orang yang memikirkan samada kuasa itu untuk diri, keluarga atau untuk masyarakat?. Justeru walau apa pun tindakan yang dilakukan jika ianya benar pada pandangan umum, berdasarkan nilai dan etika dalam sesebuah negara maka , kita harus laksanakan. Apa juga sikap yang ditunjukkan oleh parti-parti yang bertanding, matlamat nya adalah untuk MEMBANGUNKAN negara. Melaksanakan matlamat rukunnegara, sejahtera rakyat dan semua bangsa.


Apa yang ingin saya lontarkan disini adalah, semua pihak harus kembali membina kekuatan untuk melaksanakan manifesto yang ditetapkan atau dengan kata lain yang dijaja semasa pilihanraya. Tidak kira BN atau BA, anda harus menterjemahkan manifesto yang diputuskan untuk rakyat. Ini janji anda. Jika ia dapat dilaksanakan barulah keyakinan rakyat kepada kepimpinan akan dijunjung. Jangan sentiasa berkonflik sentiasa, semata2 untuk membalas dendam kepada mana-mana pihak. Pilihanraya tinggal pilihanraya, anda telah dipilih maka inilah masa melaksanakan tanggungjawab kepada negara.


Sebagai anak muda, yang tidaklah begitu arif ilmu dalam soal politik namun meyakini bahawa biarlah kita laksanakan tugas sebagai pimpinan negara dengan tujuan dan niat yang sebenar. Sikap jujur, ikhlas dalam perjuangan, berlaku adil kepada rakyat, mampu untuk bersama rakyat bawahan, mendengar rintihan yang sebenarnya, membantu mereka yang memerlukan..jangan hanya berada didewan, bersyarah untuk melaksanakan tanggungjawab tetapi tidak pernah bersama dengan realiti masyarakat. Justeru kepimpinan rakyat mestilah berada dibenak hati umat. Pimpinan rakyat harus mempunyai jiwa yang cintakan rakyat bukan mengayakan diri dan mereka2 yang sekeliling. Ini adalah ancaman bagi pemimpin yang bergelar YB.


Era baru Malaysia menuntut para pimpinan kembali muhasabah. Kalau Perdana Menteri Malaysia sering menyebut, mereka harus bermuhasabah atas beberapa kelemahan, namun ianya tidak hanya dalam konteks sesebuah parti. Semua individu yang berjaya dan tidak berjaya harus bermuhasabah. Malaysia memerlukan pemimpin yang ikhlas dalam berjuang. Oleh yang demikian, mari kita junjung segala kekuatan, memelihara kesejahteraan bangsa, negara dan agama, mengelakkan ketegangan, menjunjung nilai murni dan melahirkan generasi yang mampu meneruskan kecemerlangan negara masa akan datang.


Kekuatan ini harus ini harus diterjemah bagi memastikan Era baru Malaysia akan tercapai.

No comments: