Sunday, March 9, 2008

Laksanakan tugas anda YB!!!


Petang sehingga malam 8 Mac adalah hari yang cukup mendebarkan seluruh rakyat malaysia bila mana kita menanti keputusan penuh PRU12 Malaysia. Keputusan sekarang telah pun keluar, semua pihak ada yang gembira, ada yang sedih dan bermacam lagi. Walau bagaimana pun sebagai rakyat Malaysia yang merdeka saya melihat ianya dengan beberapa penelitian dan pembacaan. Pertama, ini sebagai satu petanda yang cukup memeranjatkan khususnya pihakBN dimana buat pertama kali hilang 5 negeri dan hilang 2/3 majoriti. Sebagai parti yagn telah lama 'berkuasa' dan sememangya disaat akhir sebelum pilihanraya agak 'over' confiden dengan mood pilihanraya akhirnya selesa dengan kemenangan kecil walaupun berjaya membentuk kerajaan. APa yang harus kita teliti adalah, barangkali ada sesuatu petanda yang harus dinilai, rakyat sudah semakin berani untuk membuat keputusan. Walau pun saya percaya pihak pemerintah pastinya tidak akan mengakui akan kekuatan pihak lawan tetapi itu juga harus dinilai bahawa rakyat dan masyarakat abad 21 ini sudah semakin terbuka. Tidak lagi seperti 5o tahun dahulu boleh melihat sesuatu perkara hanya melalui media2 perdana negara. Tetapi upaya berfikir dan sikap berani melakukan perubahan. Walaupun begitu saya percaya undi besar telah diberikan oleh golongan muda/ young voters terhadap pembangkang dalam pilihandaraya kali ini. Golongan muda hari ni sudah semakin bosan dengan unsur dan kempen2 yang semakin lama, ada terdapat pemimpin politik yang dikekalkan terlalu lama, pemikiran dan gaya kepimpinan tidak ubah walaupun telah lama . Ini adalah sebahagian daripada respon sebilangan kecil golongan muda terhadap keputusan PRu12. Sebab itu kita lihat hampir beberapa tokoh besar BN telah tumbang. Fikirkan barangkali ada kewajarannya jika kepimpinan terlalu lama, gaya memimpin sudah tidak relevan, sentuhan keepmimpinan sudah tidak sesuai dengan zamannya maka akibatnya tersungkur dengan terhormatnya.


Keduanya, pihak pembangkang yang mula semakin melebarkan pengaruh kawasannya, dibeberapa negeri nampak sesuatu yagn memeranjatkan. Sebab itu bila PM memberi 'warning' kepada rakyat agar jangan bermain eksperimen dalam soal pilihanraya nampaknya tidak dihiraukan oleh pengundi. Beberapa tempat yang memang jadi kubu kuat BN tumbang ditangan pembangkang yagn sebilanganya adalah calon2 baru. Apa yang harus dinilai disini adalah bagaimana pengaruh pemimpin baru yang masih tidak mempunyai sebarang kontroversi memain peranan atasi pemilihan sesuatu pengundian. Kita tidak menolak bagaiman pembangkang yang begitu kuat melebarkan kempen ke pada masyarakat, kerana mereka tidak mendapat ruang dimedia perdana. Tetapi jika itu diberi pastinya keseimbangan dalam menentukan pilihanraya pastinya akan dpat diangkat.


Dalam menilai kemenangan pilihanraya dan kekalahan ini, saya tidak sekadar melihat itu suatu yagn besar, yagn penting adalah bagaimana setiap kepimpinan tidak kira BN atau BA, mereka harus jelas bahawa pemilihan adalah untuk rakyat. Pemimpin untuk rakyat. Jangan nanti yang menang lupakan tanggunjawab bila sudah memakai kereta besar, berduit banyak dan berpengaruh berbagai2. Suara hati rakyat, keseimbangan ekonomi, kebajikan rakyat keseluruhan harus diutamakan. Bagaimana pemimpin yang telah dilantik sanggup ketawa dan menagis bersama rakyat untuk membangunkan maruah bangsa dan negara. jangan nanti tukar BN ke BA, atau BA ke BN...yang tinggal janji pilihanraya. Percaya lah wahai para YB YB sekelian, anda akan dipertanggungjawab dihadapan Allah nanti atas tugas anda nanti. jangan nanti rakyat akan menuntut hak mereka dihadapan Allah . Oleh itu laksanakan tugas anda.


Selamat berjaya kepada semua para YB.

1 comment:

Anonymous said...

See Here or Here