Saturday, June 9, 2007

Islam bukan agama kulit

Islam yang kita anuti ini adalah agama syariat, termasuk soal kefahaman, penghayatan dan amalan. Justeru kita harus memahami dengan lebih mendalam bahawa tidak ada erti kalau Islam yang kita bawa ini hanya tertegak melalui slogan semata. Namun ini tidak bererti slogan tidak penting dalam kehidupan beragama. Kerana tanpa slogan kita akan mudah rasa lemah dan kadang kala jiwa kita sebagai manusia ini harus disirami selalu dengan laungan , kesedaran dan ingatan agar kembali membuat muhasabah. Itu pentingnya slogan. Apa yang penulis maksudkan di sini jangan Islam yang kita anuti ini tinggal slogan sahaja sehingga kita mati.

Namun ada pula orang yang tidak suka kepada slogan, kita perlu kepada amalan. Ya Islam memang agama yang menggerakan amal makruf nahi mungkar. tetapi jika amalan tanpa penghayatan juga kadangkala dibimbangi tidak dapat dikawal dengan baik. Berapa ramai orang yang menyatakan setiap tindakan nya itu 'islamic'? kalau dilihat dari sudut syarak jauh bertentangan dengan hukum islam. Berapa ramai manusia yang menyatakan bahawa mereka lah juara dalam memartabatkan islam tetapi dibelakang mereka lah perosak kepada agama Islam.

Ini manusia yang ada pada hari ini demi memastikan tujuan dan matlamat dunia dicapai sanggup menyatakan sesyatu kebenaran yang tidak dilaksanakan. Kalau pun dilaksanakan hanya lah atas kepentingan tertentu.

Fikir dan renungkanlah

Amin. Semoga Allah menjauhkan kita daripada bala dan musibah dunia ini.

No comments: