Saturday, June 23, 2007

Musyawwarah membina kesepakatan


Berbincang dan cambah minda adalah amalan yang cukup murni dalam mencari kesepakatan antara sesama insan. Amalan ini mampu membentuk satu diri dan organisasi untuk saling bertukar-tukar pandangan dan membina satu keputusan yang cukup baik. Ini adalah amalan Rasulullah yang dilakukan dalam membina jatidiri pada sahabat baginda pada ketika itu.
Inilah antara amalan yang sering aku lakukan dalam berorganisasi agar diri ini tidak tersasar dalam mencari jalan kebenaran. Walaupun kadangkala kita mempunyai pandangan yang 'rasanya' lebih baik tetapi kadangkala ianya tidak popular setelah kita berbincang dan mendapatkan pandangan orang lain. Di sinilah jiwa kita dididik untuk menerima akan kekurangan , jangan rasa apabila pandangan kita tidak diterima maka kita ditolak, tetapi kita akan sentiasa memberi pandangan dan barang pasti suatu masa nanti pandangan kita juga akan diterima oleh orang lain.
Musyawarah juga membina diri sentiasa tawaduk dengan orang lain. Walau sehebat mana kita, atas posisi mana kita berada, setelah kita berada dalam organisasi pelbagai pandangan dan idea dibentang maka di situlah kita melihat bagaimana satu-satu idea itu dikupas, ditelaah, maka di sinilah kita membina kesepakatan.

No comments: