Monday, June 25, 2007

Surah A-Ghasyiah: Mengingat kita tentang hari bertemu Allah

Surah Al-Ghasyiyah, membawa maksud Hari Kiamat merupakan Surah ke-88 dalam Al-Quran yang mengandungi 26 ayat dan tergolong dalam jenis Makiyyah. Ia diturunkan selepas Surah Adz-Dzariyat.Hubungan surah ini dengan surah sebelumnya, dimana Surah Al-A'la memperkatakan tentang keadaan orang Mukmin, kafir, syurga dan neraka dengan ringkas, maka pada surah ini isu-isu tersebut diperkatakan secara lebih meluas. Surah ini dinamakan "Ghasyiyah", maksudnya hari Kiamat, kerana hari Kiamat itu sangat menakutkan lagi dahsyat, menyebabkan orang menjadi panik dan pengsan.1. Kitab: Safwatul Tafaasir1. Surah ini terbahagi kepada 3 perkara asas:(i) Nasib orang-orang Kafir yang beriman pada agama mereka tetapi tidak beriman kepada Allah.(ii) Gambaran Allah pada orang beriman, dimana dalam Surah ini Allah memberikan beberapa gambaran sebagai tanda peringatan.(iii) Surah ini mengandungi peringatan Allah bahawa segalanya / semuanya akan akhirnya kembali kepada Allah.2. Nama "Ghasyiyah" merupakan salah satu nama-nama Hari Kiamat yang mana membawa pengertian keadaan yang dahsyat. Surah ini juga mengambarkan tetang keadaan Umat semasa dihari Kebangkitan.3. (pembentang) Diceritakan tentang kisah Saidina Umar al-Khatab, dimana beliau pernah berjalan ke suatu rumah dan berjumpa dengan seorang Paderi. S.Umar terus menangis dan Paderi itu terus bertanya mengapa beliau menangis. S. Umar menjawab bahawa; beliau menangis kerana Rahib-rahib ini membuat amal kebaikan dan kebajikan di dunia, tetapi sayang sekali kerana mereka tidak beriman. Mereka semasa hidup bekerja keras untuk kebaikan tetapi malang Tuhan tidak menerima pekerjaan mereka. Akhirnya mereka akan tunduk malu di hadapan Allah kelak sepertimana yang diungkapkan dalam ayat 1 hingga 7 Surah ini.2. Kitab Tafsir fi-Zilal Al-Quran: S. Syed Qutb 1. Menurut Syed Qutb terhadap penafsiran ayat 21-26; setelah selesai penjelasan Alam Akhirat dan juga keadaan kedua tentang penerangan alam dunia yang terbentang luas Al-Quran berpaling pula kepada Rasulullah tentang:a. batas kewajipanb. tabiat tugasc. peringatan-peringatan kepada manusia.2. Dalam hal ini Allah SWT menyatakan kepada Rasullullah bahawa tugas-mu adalah memberi peringatan. Inilah batas tugas Rasullullah dan peranannya dalam Dakwah. Soal siapa yang mendapat PETUNJUK dan BALASAN itu adalah kerja dan kekuasaan ALLAH SWT.3. HATI manusia adalah dalam ketentuan dan kekuasaan Allah dan tidak ada manusia yang dapat menguasainya.4. Tugasan JIHAD bukan untuk memaksa manusia. Tujuan JIHAD adalah untuk menghapuskan tentangan-tentangan di dalam usaha menyapaikan peringatan kepada manusia kerana itulah satu-satunya tugas yang dimiliki oleh Rasullullah. Serahkanlah urusan penerimaan HIDAYAh dan dakwah tersebut kepada perencanaan Allah. Ianya termasuklah tugas menghukum orang2 yang menolak Dakwah kepada Allah. Oleh itu, kita sebagai pendakwah perlulah mencontohi kaedah Rasullullah saw berdakwah yang tidak memilih rupa, bulu dan paras, puak, mahupun bangsa apatah lagi kumpulan, kelompok atau parti-parti tertentu. Dakwah disebar secara melua kesekalian manusia makhluk ciptaan Allah.

No comments: