Saturday, June 23, 2007

Kepimpinan adalah satu ujian

Kepimpinan adalah satu ujian. !!! Inilah ungkapan yang sering dimainkan kepada seluruh pemimpin yang memegang sebarang amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT. Kadang-kadang kita dapat merasakan bahawa amanah kepimpinan ini suatu yang amat berat yang diberikan kepada kita namun ada sebahagian kita tidak mengambil berat hal ini. Rasulullah sebagai contoh pemimpin banyak memberikan contoh dan teladan kepada kita bagaimana kepimpinan itu memberi kesan dalam diri dan persekitaran. Ramai orang boleh jadi pemimpin samada dilantik atau mengejar jawatan kepimpinan. Kedua-duanya memberi imej yang positif jika ianya disandarkan kepada maksud menyumbang dalam masyarakat mahu pun negara. Dalam islam jika kita lihat ada manusia yang tidak mahu menerima amanah kepimpinan kerana mereka tidak bersedia menerima amanah tersebut. Ada juga disebaliknya , manusia yang mengejar amanah samada melalui pemilihan dan demokrasi semata-mata untuk memberi sumbangan kepada ummah dan negara. Kedua-dua nya kalau diperhalusi dengan betul bersadarkan pada ciri dan matlamat kepimpinan Islam , maka ianya memberi kesan positif dalam masayarakat. Kalau dipihak yang tidak mahu menerima amanah, positifnnya adalah boleh mengelakkan perebutan dikalangan manusia, kerana jika berlaku perebutan jawatan, kadang-kadang nafsu mengawal diri maka boleh menimbulkan perkara2 yang negatif, tetapi negatif nya juga ada bagi mereka yang tidak mahu menerima amanah kepimpinan adalah, melahirkan individu yang tidak bersedia menerima tanggungjawab. Bagaimana nak memimpin diri jika amanah persekitaran ditolak. Memang memimpin diri mudah, memimpin masyarakat susah, tetapi kedua2 seiring, jika kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan dalam masyarakat, sekaligus ianya menggerakan kualiti diri. Jangan bersifat individualistik.

Bagi yang berlumba-lumba untuk memegang amanah juga ada psotifnya, kerana mahu dirinya dicabar dengan tanggungjawab. Menawar diri untuk menyumbang kepada Islam dan masyarakat. Ini pernah berlaku kepada Nabi Yusof bilamana baginda menawarkan diri untuk menjadi menteri kewangan (menjaga ekonomi) pada zaman tersebut. Jadi bukanlah suatu yang asing jika ada mereka yang menawar diri dalam kepimpinan. Tetapi budaya mengejar amanah kepimpinan ini haruslah disemai dengan jiwa yang murni atas dasar agama dan keprihatinan ummah bukan atas dasar diri dan kepentingan sahaja. Inilah cabaran sekarang bila ada orang yagn menawar diri untuk kepimpinan semata2 untuk kepentingan diri. Kalau begini lah jadinya, kita khuatir amanah kepimpinan itu akan rosak. Maka tunggulah kehancuran nya....

Justeru memahami bahawa samada kita diberi amanah atau kita mengejar amanah kedua-duanya harus bersandarkan kepada ilmu dan kemampuan memahami matlamat kepimpinan yang kita hendak bawa. Asalkan ianya bersadarkan kepada arah yang positif, maka tidak perlu kita khuatir dengan ujian Allah. Lagi besar amanah yang kita dokong makin besar ujian Allah kepada kita.....

Renung-renunglah, fikir-fikirkanlah...buatlah muhasabah di mana kita?

No comments: