Saturday, June 9, 2007

Syukur Maruah Islam terbela

Alhamdulilah, kita diperdengarkan akan hasil daripada keputusan mahkamah persekutuan bahawa kes Azlina Joy berpihak kepada Islam. Kemenangan yang menunjukkan akan kekuatan yang ada pada umat islam tidak harus dipertikaikan kerana telah termaktub bahawa Agama Islam adalah agama bagi negara Malaysia. Soal hak sebagai rakyat untuk menukar agama walaupun dilihat adalah menurut hak asasi manusia tetapi setelah hampir 50 tahun malaysia merdeka, kita lihat masyarakat hidup dalam suasana aman dan makmur.

Keputusan yang dikeluarkan sememangnya akan menyebabkan pihak -pihak yang berada dibelakang Azina Joy pastinya tidak berpuas hati dan masih merasa hak mereka dipertikai.

Saya ingin menasihatkan mereka yang cuba untuk menggugat keharmonian ini supaya kembali berfikir dan tidak melakukan sesuatu yang memberi kesan negatif kepada masyarakat. Kita ada mahkamah persekutuan dengan tugas dan peranan yang diberikan oleh kerajaan begitu juga kita ada mahkamah syariah yang juga mempunyai peranan dalam soal islam dan masyarakatnya. Mengapa kita harus menggunakan isu ini utnuk meruntuhkan peranan mahkamah ini.

Mengapa ada orang yagn tidak berpuas hati dengan soal hukum islam? bukankah islam itu agama perdamaian, kita ada jalan perbincangan dan musyawarah, mengapa menggunakan undang-undang yang kononnya mempertahankan hak? Kita yakin bahawa pihak-pihak ini tidak akan berdiam diri, mereka akan mengatur langkah untuk menggerakan tugas dengan usaha yang lain demi memastikan tujuan mereka terlaksana.

Ayuh umat islam, jangan kita leka. Gerakan tugas, kembangkan maklumat agar orang yang berusaha untuk merosakkan agama islam akan dapat ditahan dan dielakkan peranan mereka dalam masyarakat.

Takbir!!!!!! Allahu Akbar

No comments: